Kejadian kebakaran SK Penimbawan adalah kes ketiga dalam bulan ini selepas SK Simpangan, Kota Marudu (6 Mei) dan SK Tampasak pada (5 Mei).
TUARAN: Lebih 250 murid dan guru di Sekolah Kebangsaan Penimbawan di sini terjejas selepas sebuah blok bangunan jenis kayu di situ musnah terbakar dalam insiden petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 petang itu, blok berkenaan yang menempatkan kelas, bilik guru dan pusat sumber habis ranap dimamah api.
Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Afendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3 petang dan sepasukan anggota dikerahkan bagi operasi memadam kebakaran.
“Dua jentera, sebuah bot serta utiliti dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran digegaskan ke lokasi kejadian.
“Berdasarkan maklumat awal, kebakaran ini membabitkan sebuah blok bangunan sekolah jenis papan,” katanya sambil mengesahkan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dalam insiden itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah Datuk Jame Alip dalam kenyataannya di sini kelmarin berkata, proses pembelajaran akan diteruskan di bangunan berlainan sekolah jenis papan yang dibina pada tahun 1979 itu.
“Kita akan mencadangkan proses pembelajaran akan diteruskan di blok lain, dewan kampung dan maklmal di situ sementara tindakan lanjut di ambil,” katanya.
Kejadian kebakaran SK Penimbawan adalah kes ketiga dalam bulan ini selepas SK Simpangan, Kota Marudu (6 Mei) dan SK Tampasak pada (5 Mei).
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.