Royalti Minyak: Jangan-jangan Malaya/Petronas menipu..

Thursday 8 May 2014

Kononnya jumlah yang dia berikan pada Sabah dan Sarawak itu adalah 5 peratus yang dijanjikan. Tapi bila anda meminta untuk melihat akaun untungrugi Petronas, Malaya tak benarkan..


PETRONAS ACCOUNT. Simon Sipaun, bekas Setiausaha Sabah pernah berkata:

Every time we get the lump sum payment from the authority, say 100 million or 120 million (ringgit), they just tell you this is your 5%. But without having access to (Petronas) account how can you verify that whatever you got is actually representing 5%? Figures can always be manipulated. I was very disturbed by this sort of thing.

Masih tak faham apa yang dimaksudkan oleh Simon Sipaun di sana? Sila dengar ini baik-baik. Perlahan-lahan. Pakcik cuba gunakan pembayang paling mudah. Bayangkan suatu senario ini: 

Anda dan rakan-rakan membuka satu koperasi di sebuah kampung bernama Malaysia. Nama koperasi itu ialah Petronas. Anda sebagai Sabah dan Sarawak masing-masing dijanjikan 5 peratus hasil untungrugi urusniaga koperasi setiap tahun. Rakan anda yang bernama Malaya ditugaskan untuk menjaga Koperasi Petronas.

Setiap tahun koperasi mendapat pulangan hasil yang lumayan. Kemudian Malaya mengumumkan Sabah dapat RM1000 dari untungrugi urusniaga koperasi pada tahun itu. Sarawak juga dapat RM1000.

Kemudian anda bertanya, "RM1000 itu 5 peratus kah?" Malaya tak jawab sehingga ke hari ini. Setiap kali Malaya agih-agihkan hasil koperasi setiap tahun perkara sama berulang. Kononnya jumlah yang dia berikan pada Sabah dan Sarawak itu adalah 5 peratus yang dijanjikan. Tapi bila anda meminta untuk melihat akaun untungrugi Petronas, Malaya tak benarkan.

Maka anda pun berfikir, "Jangan-jangan Malaya menipu, pasal itu dia tak nak tunjukkan Akaun Petronas pada Sabah dan Sarawak. Jangan-jangan RM1000 yang Sabah atau Sarawak dapat itu cuma lah setakat 0.05 peratus. Yang selebihnya masuk poket Malaya sendiri!"

Renung-renungkan lah..

Bacaan lebih lanjut di Link ini Budget 2014: Wake Up Call For Sabahans

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.