Dana misteri RM20 bilion JPM

Thursday 7 November 2013

KUALA LUMPUR, 4 NOVEMBER: DAP ragu dengan peningkatan mendadak dana bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) sehingga mencecah RM20 bilion dalam masa empat tahun sejak 2011.

Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong berkata, dana JPM itu dianggarkan bernilai RM6.9 bilion pada 2014, kini meningkat 15 peratus daripada RM46 bilion bajet pembangunan negara tahun depan, berbanding 0.3 peratus pada 2010.

“Ada sesuatu yang sangat salah dan tidak kena dengan cara Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak mengendalikan dana awam itu.

“Kerajaan telah ‘ketagih’ kepada dana budi bicara tanpa butiran jelas sejak 2011. Angka ini berjumlah RM2.8 bilion pada 2011; RM4.3 bilion (2012); RM5.9 bilion (2013) dan RM6.9 bilion pada 2014,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Chin Tong yang juga Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP menyatakan, walaupun Najib berjanji mengurangkan defisit fiskal negara dalam pembentangan Bajet 2014, namun beliau masih memperuntukkan perbelanjaan kepada JPM dan memperkenalkan tindakan yang akan menambah beban rakyat seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, belanjawan keseluruhan JPM untuk tahun hadapan dianggarkan RM16.5 bilion, menjadikannya kementerian keempat paling mahal di negara ini, di belakang Kementerian Pendidikan, Kewangan dan Kesihatan. 
 
Menurut Chin Tong, dana itu terdiri daripada lima perkara dalam belanjawan pembangunan JPM seperti dana kemudahan, program pembangunan, penyusunan semula masyarakat, projek khas dan projek mesra rakyat.

Tambahnya, jumlah RM6.9 bilion adalah 65 peratus daripada RM11 bilion peruntukan pembangunan JPM bagi 2014.

“Penggunaan dana misteri oleh JPM ini adalah satu fenomena baru sejak 2011. Pada 2010, program ‘Penyusunan Semula Masyarakat’ yang diterima hanya RM158 juta.

Bagaimanapun, Liew berkata, pembangunan lima koridor dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang digunakan untuk menerima berbilion ringgit dalam dana misteri atau dana budi bicara itu kini menerima jumlah lebih rendah.

“NKEA hanya diperuntukkan RM12 juta pada 2014, berbanding dengan RM5.5 bilion pada 2011,” ujarnya.

Roketkini

1 comments:

  1. kenduri sakan kementerian2 Barisan Nasional.. tup2 semua wang rakyat masuk poket menteri juga..

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.