60 Rakyat bankrap Setiap Hari Angkara Barisan Nasional

Friday 1 November 2013

..Dalam tempoh masa tersebut (2007-2013), kaum Melayu dan Cina merupakan kumpulan terbesar menjadi bankrap iaitu masing-masing mencatatkan 45.10 peratus (52,535 orang) dan 32.97 peratus(38,407 orang), berbanding India 12.63 peratus (14,710 orang) dan lain-lain sebanyak 9.30 peratus (10,836 orang). Sementara bagi kategori pula (2007-2013), sewa beli kenderaan mencatatkan jumlah tertinggi kebankrapan iaitu 30,451 kes (26.14 peratus); diikuti pinjaman perumahan 20,529 kes (17.62 peratus); pinjaman peribadi 18,053 kes (15.50 peratus); dan pinjaman perniagaan 14,431 kes(12.39 peratus)..
 Artikel Penuh DISINI 
 
Macam mana la rakyat tidak bankrap jika kerajaan Barisan Nasional hanya tahu merompak wang rakyat dan dalam masa yang sama menambah beban rakyat melalui pengenalan pelbagai cukai termasuk GST..? Selepas najib umumkan GST, pasti jumlah kes bankrap di negara ini akan bertambah lagi kerana kerajaan yang kononnya dipilih oleh rakyat hanya tahu meletakkan beban dibahu rakyat berbanding dengan membantu meringankan beban rakyat. 

Sehingga hari ini, penulis masih tertanya-tanya mengenai bagaimana harga kenderaan keluaran negara ini boleh dijual jauh lebih murah di negara luar berbanding dengan pasaran tempatan... Inilah silap mata yang paling ajaib yang tidak mungkin ada penjelasan lain selain dikaitkan dengan rasuah para pemimpin Barisan Nasional.

Statistik terbaru yang dikeluarkan Mdi ini patut membuka mata bukan sahaja kepada para menteri malah rakyat yang selama ini tegar menyokong Barisan Nasional; bahawa kerajaan yang bijak melakukan penipuan pilihanraya ini sudah gagal membela nasib rakyat. Jangan pula para menteri membuat lawak dengan menasihatkan rakyat supaya bijak mengurus kewangan atau berjimat-cermat jika para menteri sendiri bergelumang dengan kemewahan yang langsung tidak setimpal dengan gaji mereka sebagai menteri.

Dari segi penjagaan kesihatan sehinggalah pengurusan kewangan, rakyat sebenarnya jauh lebih bijak berbanding menteri.. namun masalah bankrap tetap tidak boleh dielakkan kerana terlalu banyak dasar-dasar kerajaan yang terlalu menekan dan memaksa rakyat untuk memilih jalan itu..
 

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.