Bajet Negeri Sabah 2014: Satu Pandangan

Tuesday 26 November 2013

By Zainnal Ajamain

Respond Bajet Negeri Sabah yang telah di bentangkan oleh YAB Ketua Menteri Sabah bertemakan “MENJAMIN KESINAMBUNGAN KESEJAHTERAAN RAKYAT”. Namun sejak dari tahun 1976 lagi ekonomi Sabah menurun di sebabkan oleh pengambilan Petroleum dan Gas, perlaksanan dasar Kabotaj oleh Kuala Lumpur, kesejahteraaan rakyat Sabah sudah terjejas ini bererti Bajet Negeri Sabah yang dibentangkan oleh YAB Ketua Menteri ialah khusus untuk “MENJAMIN KESINAMBUNGANMENJEJAS KESEJAHTERAAN RAKYAT”. YAB Ketua Menteri cuba untuk mengaburi mata rakyat dengan menggunakan asas sejarah ekonomi negeri Sabah sejak 50 tahun yang lalu. Namun perbandingan ini tidak menunjukkan kebangaan pencapaian dan prestasi ekonomi negeri Sabah malah perbandingan dibuat melalui pandangan yang cetek dan pemikiran yang tumpul.

Ekonomi Sabah

"Negeri Sabah telah menyambut perayaan 50 Tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu. Sambutan gilang gemilang itu bukan sahaja mencerminkan perubahan dan kemajuan negeri Sabah, bahkan negeri ini sudah pun menjangkau separuh abad usia kemerdekaannya. Selaku Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan, saya berasa bangga memaklumkan bahawa ekonomi negeri Sabah telah berkembang dengan begitu pesat sekali dalam tempoh lima dekad ini. Pada tahun 1967, jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar ( KDNK ) negeri Sabah hanyalah RM602 juta dan pada masa kini KDNK negeri telah berkembang kepada RM44.4 bilion iaitu telah meningkat sebanyak 74 kali ganda. Rakyat Sabah pada masa kini menikmati pendapatan per kapita yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM19,010 berbanding hanya RM1,774 pada tahun 1970. Aktiviti perdagangan antarabangsa negeri Sabah dengan negara-negara luar juga telah berkembang dengan begitu pesat. Dalam tempoh 50 tahun, jumlah eksport negeri Sabah telah meningkat sebanyak 173 kali ganda iaitu meningkat daripada hanya RM274.8 juta kepada RM47.7 bilion seperti mana yang direkodkan pada tahun lepas. Imbangan dagangan yang dicatatkan bertukar daripada negatif RM30 juta pada tahun 1963 kepada positif RM102 bilion pada tahun 2012. Dari aspek gunatenaga pula, pada masa kini, jumlah penduduk bekerja di negeri Sabah ialah seramai 1.5 juta orang berbanding hanya 38,991 orang sahaja pada 50 tahun yang lalu.”

Sabah tidak pernah Merdeka Dalam Malaysia, Sabah adalah sebahagian daripada penandatangan untuk Membentuk Malaysia. Sebagai seorang pemimpin Sabah kesilapan begini tidak seharusnya berlaku. Sekiranya berlaku ia menunjukkan kapasiti mental pemimpin tersebut yang sudah menjadi “ulun” kepada Kuala Lumpur.

Selain dari itu nampaknya dalam membuat perbandingan YAB Ketua Menteri tidak dapat membezakan diantara “Nilai” dan “Kuasa Beli”. Dari segi “Nilai” sudah tentu jumlah yang di tunjukkan oleh Ketua Menteri dalam Bajet ini adalah tinggi berbanding dengan “Nilai” tahun 1963. Namun kuasa beli wang tersebut tidak mungkin sama. Ini disebabkan “kuasa beli” wang pada tahun 1963 adalah jauh lebih tinggi daripada wang sekarang.

Sekiranya kita membuat perbandingan kuasa-beli $1.00 di Sabah pada tahun 1963, nilainya sama dengan kuasa-beli wang Singapura pada tahun tersebut. Namun setelah lebih 50 tahun Sabah membentuk Malaysia, kuasa-beli wang di Sabah menurun kepada RM2.50 bagi setiap $1.00 Singapura. Bagaimana boleh ini menjadi satu kebanggaan? Ini bererti nilai sebenar Bajet Sabah 2014 bukannya RM4,621.50 juta, tapi hanya RM1,798.24 juta sahaja. Jadi adakah angka RM1,798.24 juta Bajet yang terbesar dalam sejarah Sabah atau ini satu angka yang tercorot? 

Bajet Deficit

Sekali lagi Bajet Negeri Sabah 2014 adalah satu Bajet Defisit, perbelanjaan deficit seperti ini sudah berlarutan selama lebih daripada 1 dekad. Seperti dalam Bajet Negeri Sabah yang lalu, Menteri Kewangan kerap menjanjikan bahawa Kerajaan Negeri akan lebih berhemah didalam pengurusan Kewangan Negeri Sabah. Namun setakat ini janji-janji Menteri Kewangan Sabah tidak pernah di tepati, akibatnya perbelanjaan Negeri Sabah berterusan lebih tinggi daripada pendapatan negeri. 

Perbelanjaan yang berlebihan daripada pendapatan Negeri mengakibatkan negeri Sabah bergantung kepada tiga sumber utama ia itu Cukai Jualan (Sales Tax) minyak sawit mentah, royalty minyak dan penerbitan bon. 

Cukai Jualan Minyak Sawit Mentah 

Dua perkara penting yang perlu diketengahkan dalam konteks perbelanjaan ini. Pertama, Menteri Kewangan Sabah menyatakan sumber utama ia lah Cukai Jualan (Sales Tax) minyak sawit mentah atau “CPO sales tax”. Kajian kita menunjukkan bahawa sumber ini menyumbang tidak kurang daripada 45% daripada hasil negeri sejak 2007 lagi. Sejak itu juga tiada usaha daripada kerajaan negeri untuk mencari sumber hasil tambahan atau yang baru. 

Ini sangat membimbangkan, disebabkan harga komoditi adalah diluar kawalan Kerajaan. Penurunan harga Minyak Mentah Kelapa Sawit pada tahun ini boleh menjejas pendapatan Negeri Sabah sekiranya ia turun kurang daripada RM2,000.00 setan. Ini disebabkan Sales Tax minyak kelapa sawit mentah hanya dikenakan keatas minyak kelapa sawit sekirnya harga pasarannya lebih daripada RM2,000.00 setan. Sekiranya ini berlaku besaar kemungkinan Kerajaan Negeri tidak mempunyai waang untuk membayar gaji kakitangan awamnya sendiri. 

Selain dari itu, mulai daripada 2015, Government Sales Tax atau GST akan di perkenalkan. Perkara penting yang akan berlaku ia lah pemansuhaan “Sales and Service Tax” di Malaysia dan semua pengguna hanya perlu membayar Cukai GST sebanyak 6%. 

Adakah pernah terlintas dikepala YAB Ketua Menteri dan Menteri Kewangan apa akan terjadi kepada 45% sumber kewangan negeri Sabah apabila GST dilaksanakan nanti? Adakah hasil kewangan negeri daripada Cukai Jualan atau Sales Tax untuk minyak sawit mentah akan diambil alih oleh Kuala Lumpur? Adakah pengekspot minyak sawit mentah akan dikenakan Cukai Jualan dua kali (Double Taxation)? Ada kah Kuala Lumpur akan membayar pampasan kapada Negeri Sabah sebagai ganti atas kehilangaan sumber kewangan ini. 

Penerbitan Bon 

Penerbitaan bon bukan sumber hasil negeri yang mapan. Bon adalah hutang yang wajib dibayar dalam satu tempoh masa dengan tambahan bayaran kupon (atau faedah). Penerbitan bon bererti kita berhutang kepada generasi akan datang untuk mendapat nikmat pada hari ini. 

Menteri Kewangan tidak berhak atau mempunyai kuasa untuk menerbitkan bon dengan sesuka hatinya tanpa dibentangkan, di debat dan di persetujui Dewan yang Mulia ini. Tanpa kelulusan Dewan yang Mulia ini bererti Menteri Kewangan telah melanggar peruntukan Kewangan Negeri dan keperluaan Perlembagaan Negeri Sabah. 

Penerbitaan bon yang lepas tidak boleh dibiarkan begitu saja mereka yang berwajib seharusnya bertanggung jawap dan menerima apa jua tindakan sekiranyaa mereka melanggar peraturan kewangan Negeri Sabah dan prosedur penerbitaan bon. 

Sekiranya penerbitan bon ini untuk membiayai pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri; ia sepatutnya menguntungkan oleh kerana penerbitaan bon tersebut perlu dibayar balik dengan kadar faedah yang ditetapkan. Sekiranya bon diterbitkan untuk perbelanjaan mengurus atau berulang, maka bon ini tidak akan menufaatkan generasi akan datang, ini hanya membebankan mereka; satu tindakan Kerajaan Negeri yang tidak bertanggung jawap. 

Besar kemungkinan penerbitan bon seperti ini lebih kepada membiayai keperluan kewangan tunai Negeri Sabah di sebabkan harga minyak sawit mentah dan harga pasaran getah di pasaran dunia kian menurun. Berdasarkan kepada laporan Audit Negara, Negeri Sabah hanya mempunyai wang tunai kurang daripada RM100 juta pada tahun 2011. Jumlah ini hanya mampu membayar gaji kakitangan Keraajaan Negeri Sabah kurang dari dua bulan. Ini bererti kutipan hasil daripada Jabatan Jabatan Kerajaan perlu aktif sekiranya tidak Kerajaan Negeri akan kekurangan wang tunai.
 
 
Bajet yang tidak membanggakan 

Rata rata Bajet Negeri Sabah 2014 adalah satu penipuan diri dengan menunjukkan nilai tinggi yang tidak memberi munafaat kepada rakyat. Kenapaa kita harus berbangga dengan imbangaan perdangangan yang mencapai RM102 billion pada tahun 2012. Kenyataannya Kerajaan hanya mampu mendapatkan hasil Negeri kurang daripada 3% daripada nilai perdagangan Sabah. Cukai Pendapatan Syarikat di peringkat Nasional mengutip 25% daripada hasil pengeluaran Syarikat. Kenapa Kerajaaan Negeri Sabah tidak mampu untuk mengutip lebih daripada 3% nilai perdagangan ini? Ini jelas dan nyata menunjukkan sebahagian besar daripada hasil mashul Negeri Sabah tidak menguntungkan rakyat Sabah sendiri malah hasilnya dibawa keluar daripada Sabah.
 

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.