Lagi Kenyataan Bangang Mengenai Insiden di Pulau Pom Pom

Wednesday 20 November 2013

Ketua Umno Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose menganggap insiden yang berlaku di Semporna adalah sesuatu yang di luar dugaan dan Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri tidak harus disalahkan.

“Sama halnya dengan dengan pencuri, kita tidak tahu bila mereka masuk mencuri ke dalam rumah kita. Begitu juga dengan kemalangan, kita tidak akan tahu bila ia akan berlaku. Oleh itu jangan salahkan menteri dalam negeri dan menteri pertahanan kerana satu insiden kecil yang diluar kawalan mereka”

Datuk John juga bersetuju dengan kenyataan menteri pertahanan bahawa pantai Sabah terlalu luas dan sukar dikawal. Selanjutnya DISINI

Ulasan:

Kenyataan Ketua Umno Bahagian Penampang ini bagaimanapun mendapat kritikan hebat daripada orang ramai. Bekas ketua wanita Umno Penampang menyifatkan kenyataan Ketua bahagiannya itu sebagai kenyataan “lawak bodoh”, tidak masuk akal dan dan bersifat angkat kaki menteri yang melampau. Takkan insiden menceroboh sempadan, membunuh dan menculik disamakan dengan kes kecurian dalam rumah dan kemalangan jalan raya?.

 
Untuk kes kecurian dalam rumah dan kemalangan jalan raya, mungkin kita boleh salahkan individu itu sendiri atas alasan cuai, tapi bagi kes pencerobohan yang akhirnya membawa kepada pembunuhan dan penculikan, siapa yang harus bertanggungjawab dan siapa yang harus kita sifatkan sebagai cuai?? Sudah tentulah menteri pertahanan... 

Sedarkah John Ambrose bahawa orang awam termasuk pelancong tidak dilengkapi dengan senjata api, kereta kebal, jet pejuang dan sebagainya? Sebab itulah ramai pihak menuding jari terhadap Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri..

Menteri Pertahanan sepatutnya bertanggungjawab MEMPERTAHANKAN kedaulatan negara, bukannya DIPERTAHANKAN oleh kumpulan-kumpulan pengampu seperti Datuk John Ambrose. 

Jesteru, penulis amat bersetuju dengan saranan Datuk Yong Teck Lee supaya Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan meletak jawatan.. Ingatlah bahawa insiden pencerobohan, pembunuhan dan penculikan bukan pertama kali berlaku di Sabah..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.