NASIHAT PEGUAM: JIKA KENA SAMAN JPJ ATAU PDRM

Friday, 29 November 2013

N3 kali ini Yong ciluk dari empunya badan yang ada link di bawah ini. Yong letak di sini bagi yang tiada akaun di Facebook. Sama-samalah kita manfaatkan maklumat ini.

Bagi yang masih tak kenal, Zul Hazmi ialah peguam yang dilantik oleh KASE.

Zul Hazmi

TOLONG BACA, FAHAM & SEBARKAN........

Saman (rujuk Seksyen 53(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987) ialah perintah/notis supaya hadir ke Mahkamah. Di dalam setiap Saman akan disebut begini :

"KAMU DENGAN INI DIPERINTAHKAN supaya hadir sendiri atau melalui peguam di hadapan Majistret di ....................."

Tidak ada sepatah ayat di dalam saman memerintahkan penerima saman untuk bayar saman. Denda atau hukuman hanya boleh diperintahkan oleh Mahkamah bukan JPJ atau PDRM.

Saman & Saman Ekor adalah dua (2) perkara yg berlainan. Saman Ekor bukan saman tetapi hanya Notis Permintaan Butir-Butir Pemandu di bwh Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kompaun (rujuk Seksyen 120 Akta Pengangkutan Jalan 1987) ialah tawaran menyelesaikan kes saman. Jika tidak mahu ke Mahkamah maka boleh dibayar kompaun dan kes dianggap selesai.

Di dalam Saman disebutkan begini :

"Kesalahan ini adalah kesalahan yang boleh dikompaun dan kamu boleh membayar kompaun sebanyak RM300 pada atau sebelum .................."

Kompaun tidak wajib dibayar walau berapa jumlah sekalipun. Jika kompaun tidak dibayar, maka penerima saman hendaklah ke Mahkamah. Kata kuncinya ialah "BOLEH".. kamu "boleh" membayar kompaun sebanyak RM..... tak sebut kamu hendaklah membayar kompaun.....

Adakah tak bayar akan disenaraihitam??

Tak perlu risau samada akan disekat (senarai hitam) apabila hendak memperbaharui Lesen Kenderaan (cukai jalan) atau lesen memandu kerana tiada pihak boleh berbuat demikian selagi kes/saman tidak dibawa ke mahkamah.

Kuasa senarai hitam hanya pd JPJ (Rujuk Seksyen 17(1)(d), Seksyen 29(1A) & Seksyen 119B Akta Pengangkutan Jalan 1987) hanya boleh halang transaksi jika ada perkara yang belum selesai. Perkara yang belum selesai mesti melalui proses Mahkamah bkn semata2 ada saman.

Waran Tangkap dikeluarkan hanya oleh Mahkamah apabila yang menerima Saman tidak hadir Mahkamah (rujuk Seksyen 53(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987). Waran Tangkap tidak dikeluarkan jika saman tak didaftarkan & disebut di Mahkamah.

Harap Maklum.

Zulhazmi Shariff
27 November 2013


Boleh juga baca di Kempen-Anti-Saman-Ekor-KASE

Malaysians Must Know The Truth

3 comments:

  1. wow...tanks broo...info yang bermakna

    ReplyDelete
  2. oh..camtu rupanya.. kalau tau hak masing2 kan senang.TQ share

    Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.