ALLAH: Jaminan Kerajaan BN TIDAK CUKUP - SIB ingatkan Kristian di M'sia Timur

Monday 4 November 2013

Salam atas nama Tuhan dan Penyelamat kita Kristus Yesus.

Saudara-saudara sesama Kristian, janganlah kita terpengaruh dengan jaminan yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu bahawa kita boleh menggunakan perkataan 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan di Sabah dan Sarawak. Ia sebenarnya lebih daripada satu isu perkataan, ia adalah mengenai hak asasi untuk menyembah Tuhan dengan cara yang telah kita lakukan untuk beberapa generasi tanpa sebarang halangan.

Keputusan Mahkamah Rayuan terhadap The Herald telah menyekat hak asasi serta hak kita dalam perlembagaan untuk kebebasan beragama. Walau bagaimanapun, kami menggesa agar persahabatan anda dengan saudara Muslim diteruskan dan untuk menunjukkan rasa kasih sayang anda kepada mereka seperti yang sentiasa kita lakukan. Kita ingin memberi jaminan kepada mereka bahawa tindakan mahkamah bukan datangnya dari mereka atau Islam tetapi daripada Kerajaan Persekutuan serta pegawai-pegawainya.

Kita tidak pernah sekalipun mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan. Dengan cara yang sama, kita harapkan hak seperti yang termaktub dalam perlembagaan untuk menganut serta mengamalkan dan menyebarkan dakwah kita dihormati oleh mahkamah dan kerajaan Persekutuan.

SIB lebih TUA dari Malaysia

Kita harus ingat bahawa SIB berusia lebih tua daripada Malaysia sendiri dan kita tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan penggunaan kalimah 'Allah' dan amalan kita sendiri. Dalam pembentukan Malaysia, nenek moyang kita di Sabah dan Sarawak telah meminta jaminan bahawa hak untuk bebas mengamalkan agama masing-masing kekal terjamin.

Perjanjian 20 perkara dan l8 persetujuan (bagi Sabah dan Sarawak) yang membawa kepada pembentukan Malaysia menjamin kebebasan beragama dan, ‘Batu Sumpah’ yang dipasang di Keningau pada tahun 1964 adalah bukti yang masih boleh dilihat untuk mengingatkan kita tentang kesucian dan kebebasan beragama bagi rakyat Sabah dan Sarawak.

Dalam kenyataan kami pada 8 April 2008, kami menjelaskan mengapa SIB Sabah memfailkan kes terhadap kerajaan Persekutuan. Inilah yang kami jelaskan kepada anda pada masa itu dan keputusan kami masih kekal hingga ke hari ini.

S: Mengapa SIB Sabah membawa perkara itu ke mahkamah dan tidak mencari penyelesaian lain?

J: Telah menjadi dasar SIB untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian dengan mana-mana pihak melaui cara baik seperti pujukan dan pendamaian. Tetapi, dalam hal ini, semua cara-cara itu telah digunakan tanpa membawa kepada apa-apa resolusi. Selain itu, kes ini memberi kesan kepada hak asasi dan kebebasan mengamal dan menterjemahkan iman dalam perkataan kita yang menjadi salah satu keutamaan dalam agama kami serta tatacara ibadat kami, iaitu ibadah dan ajaran dalam Kitab Suci. Oleh itu, SIB mencari penyelesaian dari mahkamah.

S: Tetapi Mahkamah Rayuan telah memutus untuk memihak kepada kerajaan Persekutuan adakah ini bermakna kes kita menjadi lemah?

J: Tidak, kerana fakta-fakta dan keadaan kes SIB adalah berbeza daripada The Herald.

S: Apakah fakta-fakta kes itu?

J: Pada 15 Ogos 2007, tiga kotak penerbitan berunsurkan pendidikan untuk kanak-kanak Kristian dari Indonesia tiba di Sabah dan telah ditahan secara tidak sah di kawasan transit di Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT) di Sepang. Selepas itu, perkara ini telah diambil alih oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (bahagian Penerbitan dan Teks Al-Quran) yang mendakwa alasan bagi tindakan itu adalah kerana penerbitan mengandungi perkataan "Allah."

Kementerian bergantung kepada surat pekeliling yang dikeluarkan pada 5 Disember 1986 refiKKDN S.59l3l9lA.Klt.2 yang di antara lain, berkata: perkataan yang tidak boleh dipakai atau digunakan dalam semua penerbitan di negara ini ialah: Allah, Kaabah, Baitullah, Solat’. Penting untuk diketahui bahawa penerbitan yang ditahan itu hanyalah untuk tujuan pendidikan agama anak-anak ahli GEREJA SIB TEMPATAN dan bukan untuk kegunaan AWAM. SIB telah diberikan 14 hari untuk mengembalikan penerbitan ke tempat yang asal di Indonesia, dan jika gagal, penerbitan itu akan dimusnahkan oleh mereka. Beberapa rayuan telah dibuat kepada pihak berkuasa yang berkaitan tetapi hanya menemui jalan buntu. Ini tidak memberi SIB jalan lain kecuali mencari penyelesaian dari mahkamah.

S: Apakah yang dimahukan SIB dari mahkamah?

SIB meminta mahkamah:

1) untuk membatalkan keputusan menteri yang tidak membenarkan gereja mengimport empat buku dalam bahasa Indonesia serta menahan dua lagi tajuk-tajuk di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; 2) bagi pemulangan penghantaran penerbitan dan 3) untuk beberapa pelepasan hak dan penggunaan kalimah "Allah"di gereja.

S: Adakah permohonan mahkamah ini disokong oleh gereja-gereja yang lain?

J: Tindakan ini difailkan oleh SIB Sabah kerana ia mempunyai locus standi. Walau bagaimanapun, Majlis Gereja Sabah, badan induk kami di negeri ini menyokong sepenuhnya tindakan tersebut. SIB juga sebuah organisasi ahli NECF dan juga ahli persatuan CFM, badan yang memayungi agama Kristian di negara ini. Tindakan SIB disokong oleh NECF dan oleh itu, CFM. Dengan cara yang sama kita menyokong pendirian yang diambil oleh ACS, SCC dan CFM dalam pendirian penggunaan kalimah "Allah" oleh orang Kristian.

S: Bagaimana perkataan 'o Allah” ada kaitan dengan SIB Sabah?

J: SIB adalah mazhab Kristian kedua terbesar di Sabah dan ahli-ahlinya terutama sekali Kristian dari kaum Bumiputra yang terdiri dari pelbagai kumpulan etnik menggunakan Alkitab - Bible dalam Bahasa Melayu - sebagai Kitab Suci. Bahagian-bahagian Alkitab telah diterjemahkan ke dalam "Bahasa Melayu" seawal 1612 dan sekaligus menterjemahkan perkataan ‘God’ sebagai "Allah" dan perkataan ‘Lord’ sebagai "Siak." Perkataan ini merupakan perkataan teologi dan telah lama dikaitkan dengan liturgi, doa, ibadah, khutbah dan pendidikan agama kepada ahli-ahli dan anak-anak mereka. Oleh itu, perkataan "Allah" tidak dapat dikatakan sebagai tidak penting tanpa mengambil kira kepentingan teologi, liturgi dan sejarah Bumiputra Kristian yang terdiri dari pelbagai etnik yang tinggal di Malaysia. Secara ringkas, ia adalah warisan budaya kita sebagai Bumiputera Kristian Sabah. Perkara ini diakui oleh perisytiharan 20 Perkara yang membawa kepada Perjanjian Malaysia pada tahun 1963.

S: Apakah pandangan Kabinet mengenai perkara ini?

J: Selepas Mahkamah Rayuan dalam kes Herald pada 14 Oktober 2013, Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengisytiharkan bahawa orang Kristian di Sabah dan Sarawak boleh terus menggunakan perkataan 'Allah' dan Alkitab. Walaupun kita mengalu-alukan jaminan ini, kita mesti beringat bahawa apa-apa keputusan mesti berdasarkan Perlembagaan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama kami. Kami menolak sebarang cadangan Malaysia – dasar dua Alkitab yang hanya berfungsi untuk membahagikan rakyat dimana rakan kami yang tinggal di Semenanjung Malaysia dihalang dari menggunakannya.

S: Adakah terdapat satu resolusi diluar mahkamah bagi pertikaian ini?

J: Ya, tetapi sebahagian sahaja. Dalam permohonan kami, kami meminta mahkamah untuk tiga perintah. Dua daripada mereka telah terlaksana kerana kementerian telah memulangkan konsainan penerbitan kami. Ini meninggalkan kami dengan bahagian yang ketiga dimana ia perlukan perisytiharan sebagai penyelesaian. Bahagian ini tidak perlu diteruskan jika perjanjian bersama dapat dicapai.

S: Bagaimana?

J: Bekas Ketua Peguam Malaysia Tan Sri Abu Talib Osman telah menjelaskan perkara ini untuk kebaikan di masa hadapan. Kerajaan harus mengambil langkah-langkah untuk menarik balik Pekeliling KDN: S.59l3l9lAKll2 - (17 ) yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri bertarikh 5 Disember 1986 yang ditujukan untuk : "SEMUA Penerbitan Agama Kristian " (untuk semua penerbit Kristian). Ini akan memberi penjelasan dan kesan sepenuhnya kepada pelaksanaan “Penyelesaian 10 Perkara " yang disertakan di dalam surat kepada Perdana Menteri daripada Pengerusi CFM bertarikh yang 11.4.2011.

Apabila pekeliling yang pertama keluar, beberapa kumpulan gereja segera meminta penjelasan tetapi tidak diberikan, kecuali jaminan lisan bahawa pekeliling ini tidak akan dikuatkuasakan. Penjelasan ini telah diambil dengan tanpa buruk sangka oleh gereja-gereja itu. Tetapi sekarang, perkara yang paling ditakuti telah berlaku dengan keputusan Mahkamah Rayuan jelas berselingkuh. Peguam kami akan menyentuh mengenai perkara ini dalam forum dan pada masa yang sesuai.

Kes yang telah bermula di Mahkamah Tinggi berbangkit daripada penyitaan bahan Sekolah Ahad kami dan ini akan memberi satu peluang yang baik bagi kerajaan untuk memperbetulkan keadaan. Beberapa menteri kabinet telah membuat kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan mengenai implikasi keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes The Herald . Untuk menunjukkan niat yang baik dalam menegakkan hak kebebasan beragama bagi Bumiputra dan Orang Asli Kristian yang menggunakan Bahasa Malaysia sama ada di Sabah atau Sarawak mahupun di Semenanjung Malaysia penggubalan penyelesaian dengan cara pengisytiharan boleh dicapai dan direkodkan. Saya menegaskan bahawa pihak Gereja sentiasa bersedia untuk bekerjasama ke arah penyelesaian yang adil dan saksama berdasarkan tiang berkembar kita iaitu Rukun Negara: Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang , kedua-dua ini mestilah diterjemahkan oleh norma yang membina dan berintegriti.

Cadangan kami adalah:

1) menarik balik surat pekeliling bertarikh 5 Disember 1986 dengan perintah baru;

atau

2) meminda surat bertarikh 5 Disember 1986 dengan satu lagi surat kepada pihak-pihak di atas dengan isi-isi berikut:

"Perkataan yang tidak boleh dipakai atau digunakan dalam semua penerbitan Kristian di Negara ini ialah: 1) Kaabah, 2) Baitullah, 3) Solat";

3) memberi kesan sepenuhnya kepada Penyelesaian l0 Perkara dengan mengkaji semula tindakan pentadbiran dan perundangan lain yang bercanggah makna serta niat dokumen;

4) berusaha ke arah satu resolusi yang adil dan saksama dalam kes yang belum selesai di Mahkamah Tinggi yang akan menyediakan penyelesaian yang jelas tentang hak-hak perlembagaan orang Kristian untuk menggunakan perkataan "Allah".

Kenapa ditangguh terlalu lama

Kami amat kesal kerana kes SIB yang telah difailkan pada tahun 2007 walaupun sebelum kes The Herald telah terlalu lama ditangguhkan tanpa sebarang alasan manakala kes The Herald kini telah memasuki fasa terakhir di mahkamah Persekutuan. Kes SIB kini telah dijadualkan untuk sebutan semula dihadapan Timbalan Pendaftar di Mahkamah Tinggi pada 30 Oktober 20l3.

Saudara-saudara seagama Kristus, kita mahu membuat kesimpulan dengan menggesa anda untuk tidak berputus asa tetapi meneruskan ibadah kepada Tuhan kita, Bapa dalam roh dan kebenaran kerana Alkitab ada menyebut; “Sebab TUHAN, Allahmu, Dialah yang berjalan menyertai kamu untuk berperang bagimu melawan musuhmu, dengan maksud memberikan kemenangan kepadamu (Deut. 20:4, NIV)"

Jerry W A Dusing

Presiden Sidang Injil Borneo, Sabah


Terjemahan oleh Huzainah A Rani, Malaysia Chronicle

Malaysia Chronicle

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.