Perjanjian Malaysia, royalti minyak harus dikaji semula

Tuesday 25 March 2014

KUCHING: Kerajaan negeri perlu membentangkan usul untuk meminta pembayaran royalti minyak yang lebih tinggi.

Pengerusi STAR Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan berkata kerajaan perlu mengkaji semula Perjanjian Malaysia berkaitan minyak.

“Di Sabah, rakyat sudah mula menuntut agar Perjanjian Malaysia dikaji semula dan royalti minyak perlu dinaikkan,

Jeffrey berkata bahawa kelantangan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dalam mempertahankan Perjanjian Malaysia patut dicontohi.

“Kenyataan Adenan baru-baru ini sebagai terang yang boleh membantu Sabah dan Sarawak mempertahankan hak mereka lebih daripada apa yang telah dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan,

“Jika saya tidak melihat terang, saya tidak akan bercakap mengenainya sepanjang masa,

“Di Sabah, pemimpin Umno enggan berbuat demikian dan tidak mempunyai keberanian yang sama,” tegas Jeffrey.

Beliau sekali lagi menegaskan agar kesilapan membawa parti Umno ke Sabah tidak akan diulangi di Sarawak.

Sementara itu, Presiden Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) Lina Soo berkata bahawa satu forum mengenai Perjanjian Malaysia akan diadakan.

“Dalam reaksi kepada seruan kerajaan Sarawak mengenai Perjanjian Malaysia dipelihara, kita dan Borneo Heritage Foundation of Sabah akan mengadakan forum yang bertajuk ‘Perjanjian Malaysia 1963 – Lalu, Hari ini dan Masa Depan’,

“Forum terbabit akan diadakan pada 27 April pada jam dua petang di Dewan Samling, Bangunan Persatuan Gereja-gereja di Sarawak, Kuching,

“Ia juga merupakan inisiatif Sabah Sarawak yang akan dihadiri beberapa panel jemputan.” katanya.

Panel dijemput ialah Jeffrey Kitingan, Bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee, Patrick Anek Uren dari Sarawak, Pengerusi HINDRAF, Wathamoorthy Ponnusamy dan Robert Pei, peguam dari Australia.

Lina berkata bahawa kemasukan adalah percuma.

FMT Borneo Plus

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.