Malaysia tidak cekap kendalikan penyiasatan MH370

Tuesday 25 March 2014

Banyak pihak mempertikaikan cara dan kemampuan Malaysia mengendalikan operasi mencari dan menyelamat serta penyiasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dikatakan tidak profesional. - Gambar The Malaysian Insider.

Sudahlah dikritik dengan pengendalian pencarian pesawat MH370, kini Putrajaya dituduh pula sebagai "tidak cekap" menjalankan siasatan terhadap kehilangan misteri pesawat di Lautan Hindi, lapor Wall Street Journal (WSJ) hari ini.

Bekas Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara Amerika Syarikat (NTSB), Jim Hall bersikap kritikal dalam satu temubual dengan CNN pada Isnin petang apabila beliau diminta memberi pandangan sama ada kenyataan rasmi pihak berkuasa Malaysia boleh dipercayai. Zon waktu Amerika adalah setengah hari lewat berbanding Malaysia.

"Malangnya, kerajaan Malaysia tidak berwibawa mengendalikan penyiasatan ini," kata Hall yang dipetik sebagai berkata dalam laporan WSJ itu.

Para pegawai Malaysia tidak memberi respons kepada setiap kritikan tertentu yang ditujukan kepada mereka, lapor sebuah akhbar harian perniagaan pula.

Akhbar harian itu juga menyifatkan hala tuju penyiasatan Malaysia sebagai "ortodoks ".

Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.