Analisis Bodoh: Jika Sabah/Sarawak merdeka, mampukah mereka berdikari?

Friday 28 March 2014

Sejak akhir-akhir ini suara rakyat Sabah dan Sarawak semakin lantang memperjuangkan hak mereka. Mereka berkata mereka yang membentuk Malaysia maka Sabah dan Sarawak bukannya setaraf dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.

Mereka sepatutnya dilayan sebagai equal partner dengan Semenanjung Malaysia. Dahulu ada ISA, orang tidak berani bercakap secara bebas kecuali Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang ketika itu Pengarah Yayasan Sabah yang lantang bersuara hal autonomi Sabah sehingga sanggup ditahan di bawah ISA.

Kini ISA sudah tiada, setiap hari rakyat berani bersuara dalam Facebook seolah-olah kerajaan pusat menekan rakyat Sabah dan Sarawak.

Mungkinkah Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) akan berpisah dengan Malaysia Barat (Semenanjung) seperti Pakistan Timur dan Pakistan Barat? Jika momentum yang berlaku sekarang berterusan, tidak mustahil dua pilihanraya lagi (2023) Sabah dan Sarawak akan merdeka dari Malaysia.

Para pemimpin Sabah dan Sarawak kecewa kerana kerajaan Malaysia menganggap Sabah dan Sarawak sama dengan Johor atau Melaka atau Perlis sedangkan pada hakikatnya kedudukan mereka tidak sama. Sebab itu di Johor, jawatan eksekutif peringkat negeri dipanggil Exco dan Timbalan Exco sedangkan di Sabah dan Sarawak dipanggil menteri dan pembantu menteri (Sabah) serta menteri dan menteri muda (Sarawak).

Tan Sri Adenan Satem yang baru ambil alih kepimpinan negeri pada 28 Februari lalu telah menunjukkan taring dengan menyekat beberapa pemimpin PKR dari memasuki Sarawak seperti Datuk Saifudin Nasution. Alangkah anehnya dalam satu negara rakyat Malaysia tidak bebas masuk ke negeri lain dalam Malaysia. Malah beliau mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamannya.

Tetapi itulah kuasa autonomi Sarawak dan Sabah dalam Malaysia. Malah orang Semenanjung hendak bekerja di Sabah dan Sarawak kena memohon permit kerja. Kan pelik. Apa salahnya perkara-perkara tertentu dibatalkan kerana Malaysia sudah 51 tahun terbentuk.

Takdirnya Sabah dan Sarawak merdeka, dapatkah mereka menguruskan kerajaan negeri dengan lebih baik? Sarawak di bawah kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud dikatakan mempunyai rezab sebanyak RM26 billion tetapi masih mundur. Pembangunan di Sarawak masih ketinggalan seperti jalan raya dan kemudahan asas yang lain.

Kenapa Taib Mahmud tidak gunakan duit RM26 bilion ini untuk majukan Sarawak? Kenapa perlu menunggu peruntukan kerajaan pusat? Ada yang mengatakan kemudahan asas itu adalah tanggungjawab kerajaan pusat dan bukannya tanggungjawab kerajaan negeri.

Kalau begitu untuk apa RM26 billion itu kalau rakyat Sarawak berbilang kaum masih miskin? Ada yang menganggap jika Umno memerintah Sarawak, negeri Sarawak tak mampu dapat rezab sebanyak RM26 billion.

Apa yang berlaku di Sabah apabila ketua menterinya, Datuk Seri Musa Aman diremote control oleh Kuala Lumpur, maka Sabah tidak banyak duit seperti Sarawak. Sebab itu Datuk Abang Johari dihalang menjadi Ketua Menteri kerana kononnya Abang Jo lebih rapat dengan para pemimpin Umno.

Apa makna mengekalkan PBB di Sarawak kalau kemiskinan di Sarawak masih tinggi?

 

Kerana Sabah dan S’wak BN berkuasa

Kenapa perlu ada double standard bahawa Umno boleh masuk di Sabah tetapi tidak boleh masuk di Sarawak seolah-olah Umno mahu menjajah Sarawak pula.

Dari satu segi, apa yang Tunku Abdul Rahman buat pada tahun 1963 dahulu orang tidak nampak. Kalau Tunku tidak bawa Sabah dan Sarawak dalam Malaysia, sudah lama BN bungkus di Malaysia. Tetapi kerana adanya Sabah dan Sarawak maka BN masih berkuasa di Putrajaya.

Tunku bimbang masa depan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak jika ia berada di luar Malaysia. Sebab itu kaum Bumiputera patut berterima kasih kepada Tunku yang mencadangkan penubuhan Malaysia.

Saya masih ingat kenyataan Datuk Karim Ghani sebagai pegawai kerajaan yang terlibat dalam Suruhanjaya Cobbold. Kalau tidak kerana peranannya, Sabah tidak berada dalam Malaysia kerana majoriti Bumiputera bukan Islam tidak mahu berada dalam Malaysia.

Mereka mahu Sabah ditadbir sendiri. Tetapi jika Sabah dan Sarawak merdeka ketika itu, sudah tentu mereka akan ditelan oleh Indonesia. Sebab itu Tun Datu Mustapha berfikiran jauh bahawa Bumiputera Islam perlu berada dalam Malaysia.

Mungkin pemerintahan PBS di Sabah pada tahun 1985 patut dijadikan ikhtibar kenapa Bumiputera Islam seperti orang Bajau, Suluk, Sungai, Bisaya dan Brunei perlu berada dalam Malaysia. Ketika itu PBS dikatakan menindas orang Islam. Pegawai kerajaan beragama Islam ditindas.

Jika Sabah merdeka, apakah hak-hak Bumiputera Islam akan terjamin? Sebab itu mereka perlu berfikir nasib mereka jika mereka mahu keluar dari Malaysia. Dapatkah Bumiputera Islam bersaing secara merit dengan Bumiputera bukan Islam jika Sabah berada di luar Malaysia?

 
Sentimen anti Semenanjung masih tebal di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak kerana mereka menganggap pegawai kerajaan yang bekerja di negeri tu sebagai penjajah. Kalau ditanya mereka yang bekerja sebagai guru, mereka lebih suka mengajar di Semenanjung daripada mengajar di Sabah dan Sarawak. Begitu juga yang bekerja sebagai polis. Mereka lebih suka bekerja di Semenanjung daripada bekerja di Sabah dan Sarawak yang terpaksa berpisah dengan keluarga.

Tetapi apakan daya kerana tugas mereka kena pergi ke Sabah dan Sarawak. Oleh itu sebelum adakan referendum sama ada rakyat Sabah dan Sarawak mahu keluar dari Malaysia, maka jawatan guru dan polis serta lain-lain jawatan perlu diisi rakyat tempatan terlebih dahulu.
Apabila mereka sudah bersedia mengisi semua jawatan yang ada, bolehlah Sabah dan Sarawak dibebaskan dari Semenanjung Malaysia. Seperti kata Dr Jeffrey Kitingan baru-baru ini PKR sama dengan Umno yang tidak mahu beri kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak.

Oleh itu terpulanglah kepada rakyat Sabah dan Sarawak sama ada mereka mahu kekal dalam Malaysia atau keluar dari Malaysia. Soalnya, jika mereka keluar, mampukah mereka mengurus kerajaan negeri seperti Singapura yang tiada hasil masyhul tetapi kaya raya.

Sarawak kaya tetapi kenapa rakyatnya miskin manakala adakah para pemimpin Umno dari Semenanjung yang merompak kekayaan Sabah? Oleh itu tepuk dada tanya selera.

FMT Borneo Plus


KOMEN ADMIN:


SAYA SIMPULKAN BAHAWA PENULIS ARTIKEL INI MEMANG BODOH.. DIA SEDAR BAGAIMANA SINGAPURA DAN BRUNEI MAHSYUR EKONOMINYA TANPA ADANYA UMNO DAN TANPA MENYERTAI MALAYSIA.. BOLEH PULA DIA PERSOALKAN ADAKAH SABAH DAN SARAWAK MAMPU BERDIKARI SEPERTI SINGAPURA JIKA KELUAR DARI MALAYSIA???.. SEOLAH-OLAH PENULIS INI MEMANDANG RENDAH KEMAMPUAN BARISAN PEMIMPIN-PEMIMPIN SABAH ATAU RAKYAT SABAH SECARA KESELURUHANNYA..

JIKA PENULIS SIFATKAN BAHAWA SABAHAN DAN SARAWAKIAN TERLALU TEBAL SENTIMEN ANTI SEMENANJUNGNYA, SAYA JUGA BOLEH KATAKAN BAHAWA PENULIS INI TERLALU TEBAL SENTIMEN ANTI BUMIPUTERA BUKAN ISLAM DI SABAH/SARAWAK.. SEBAB ITULAH DIA BANYAK PERSOALKAN NASIB BUMIPUTERA ISLAM DI SABAH/SARAWAK BERBANDING DENGAN NASIB KESELURUHAN RAKYAT SABAH/SARAWAK YANG DITINDAS OLEH PENTADBIRAN DOUBLE STANDARD KERAJAAN UMNO/BN..

PERSOALAN YANG PATUT DIJAWAB OLEH PENULIS INI IALAH,, MANA PERGINYA HASIL PETROLEUM, BALAK, LADANG DAN PELANCONGAN SABAH?? BAGAIMANA DENGAN PERJANJIAN MALAYSIA TERUTAMANYA MENGENAI PERJANJIAN 20/18 PERKARA?? KENAPA ELAUN PENJAWAT AWAM DARI SEMENANJUNG YANG DIPINDAHKAN KE SABAH/SARAWAK LEBIH TINGGI DARI ELAUN PENJAWAT AWAM DARI SABAH/SARAWAK YANG DIPINDAHKAN KE SEMENANJUNG?? KENAPA KOS SARA HIDUP DI SABAH/SARAWAK LEBIH TINGGI DARI SEMENANJUNG?? KENAPA GAJI MINIMUM DI SEMENANJUNG LEBIH TINGGI DARI SABAH/SARAWAK SEDANGKAN MASIH RAMAI GOLONGAN MISKIN DI SABAH DAN SARAWAK??

ADA BANYAK LAGI KETIDAK-SEIMBANGAN PENTADBIRAN KERAJAAN UMNO/BN YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN OLEH PENULIS DIATAS SEBELUM MEMPERTIKAIKAN NIAT SABAHAN/SARAWAKIAN UNTUK KELUAR DARI MALAYSIA..

1 comments:

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.