Insight Sabah Tutup, Kini Pemimpin Akar Umbi Perlu Mainkan Peranan

Monday 31 March 2014

KINABATANGAN: Usaha menyampaikan maklumat berhubung kejayaan kerajaan dalam membawa pembangunan dan isu semasa perlu diteruskan dari semasa ke semasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Masiung Banah berkata, usaha seumpama itu bagi memastikan rakyat di setiap pelosok negeri khususnya dari kawasan luar bandar memperoleh maklumat sahih dan tepat.

Bagaimanapun, usaha tersebut tidak sewenang-wenangnya diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Penerangan sebaliknya pemimpin di peringkat akar umbi juga perlu bersama-sama menyampaikan maklumat kepada rakyat.

FMT Borneo Plus
 
Ulasan:
 
Mesti ada yang binggung kenapa saya kaitkan Insight Sabah dengan artikel diatas.. Selepas membaca ulasan saya, pasti anda tahu kenapa Masiung Banah menggesa pemimpin akar umbi agar terus menyampaikan maklumat mengenai kejayaan kerajaan BN dari masa ke semasa..

Sebelum Pilihanraya Umum ke13, Barisan Nasional Sabah dibantu oleh portal Insight Sabah dan juga Cybertrooper tajaan Planatery Corporation Sdn Bhd yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sabah. Fungsi utama Portal dan Cybertrooper ini adalah untuk menaikkan imej menteri-menteri Sabah disamping memberikan gambaran positif mengenai aktiviti atau sebarang dasar kerajaan negeri. Planatery Corporation S/B bekerjasama dan sentiasa berhubung dengan Jabatan Penerangan Negeri dan juga Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Nama besar disebalik penubuhan Planatery Corporation S/B adalah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Yee Moh Chai dan juga kroni besar mereka iaitu pemilik syarikat Globinaco, Lawrence Chu Jan Tow. Nama Globinaco dan Lawrence pernah dikaitkan dengan "81 Dalil Kenapa Musa Aman Hilang Kelayakan Menjadi Ketua Menteri Sabah" tulisan/tuduhan yang dibuat oleh Dr. Jeffrey Kitingan.

Pendedahan ini adalah bukti bagaimana kerajaan Sabah pimpinan Musa Aman BOLEH menggunakan jutaan dana awam hanya untuk menjaga kepentingan UMNO/BN dan kedudukannya. Sementara rakyat Sabah dipaksa menghadapi kesukaran hidup (kedaifan kemudahan infrastruktur dan kemiskinan), Musa Aman dan kroni beliau terus membelanjakan dana awam hanya untuk kepentingan mereka.
 
Walaupun pada hari ini portal Insight Sabah sudah dihentikan (selepas BN menang pilihanraya), tidak mustahil Musa Aman akan tubuhkan kembali portal tersebut dengan perbelanjaan jutaan ringgit apabila tiba PRU14 kelak..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.