Pemohon BR1M Yang Tidak Berjaya Boleh Buat Rayuan

Wednesday 26 March 2014


 
"Bagi pemohon yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan mulai 1 April 2014. Borang rayuan boleh didapati di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM)," kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan hari ini.

Borang rayuan yang lengkap diisi beserta dokumen berkaitan perlu dihantar ke pejabat LHDNM sebelum 30 April 2014.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 1-800-88-2716 atau 03-8882 4565/ 4566 setiap hari bekerja 9 pagi hingga 5 petang manakala bagi i-BR1M, penerima boleh menghubungi 03-2716 2716 atau e-mel ke i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my. - Utusan

Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014

 
  • Individu perlu tampil sendiri ke pejabat LHDN berdekatan untuk menghantar permohonan rayuan BR1M 3.0 2014
  • Individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  • Pembayaran Br1M 3.0 2014 akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima BR1M 3.0 diluluskan. - BR1M3
 
Muat turun Borang Rayuan DISINI

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.