Kerajaan peka masalah elektrik di Sabah?

Saturday 29 March 2014

Masalah gangguan bekalan eletrik dijangka akan dapat diselesaikan setelah semua langkah-langkah yang dicadangkan diambil tindakan oleh SESB.
 
KOTA KINABALU: Kerajaan amat peka akan masalah kualiti penyampaian bekalan elektrik dan gangguan bekalan elektrik yang masih dihadapi oleh pengguna-pengguna di Sabah.

Perancangan pembekalan elektrik di negeri Sabah merupakan suatu komitmen menyeluruh dan berterusan oleh Kerajaan dalam usaha untuk memperingkatkan tahap kebolehharapan pembekalan elektrik di Sabah.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili berkata demikian semasa menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin dalam persidangan Dewan Rakyat.

Linda telah meminta menteri untuk menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mencegah gangguan bekalan elektrik daripada terus berulang seperti yang berlaku di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 17 Januari 2014.

Kejadian berlaku adalah disebabkan oleh fakta bahawa dua stesen janakuasa utama milik Penjana-penjana Bebas (IPP) telah terhenti tugas dalam tempoh yang singkat (secara mengejut dan di luar kawalan) dan menyebabkan Grid Sistem tidak dapat menampung dan bertindak untuk mengelakkan berlakunya kejadian tersebut.

Kehilangan dua stesen janakuasa yang berkapasiti 180 MW setiap satu adalah sangat besar kesannya kepada Sistem Grid Sabah. Pihak Suruhanjaya Tenaga dengan kerjasama daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan SESB sedang melaksanakan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan langkah-langkah bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi pada masa akan depan.

Dalam pada itu, cadangan-cadangan penambahbaikan kepada sistem pertahanan Grid Sabah dan stesen janakuasa IPP sedang dalam perlaksanaan. Pihak SESB sedang mengambil tindakan ke atas perkara-perkara berikut:

 
  • Memantau kerja-kerja rentis pada semua talian penghantaran
  • Membuat kajian semula secara menyeluruh ke atas Standard Operating Procedures (SOP) untuk proses pemulihan bekalan
  • Memeriksa keadaan dan menambahbaik sistem komunikasi antara Load Despatch Centre (LDC) dan semua stesen janakuasa.
  • Memastikan kesemua stesen janakuasa mengikut LDC Scada time tag sebagai rujukan untuk memastikan kronologi kejadian-kejadian yang direkodkan adalah seragam, dan
  • Mengkaji semula protection relays bagi menentukan kesinambungan operasi setiap unit janakuasa bagi tempoh 600 milisaat semasa kehilangan sementara voltan arus ulang alik bagi semua stesen janakuasa.
  • Masalah gangguan bekalan eletrik dijangka akan dapat diselesaikan setelah semua langkah-langkah yang dicadangkan diambil tindakan oleh SESB.

FMT Borneo Plus

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.