Jawatan Kosong Jabatan Air Negeri Sabah

Friday 28 March 2014


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut:

NAMA JABATAN: JABATAN AIR NEGERI SABAH

No. Notis SPANS: 01/2014

Nama Jawatan: PEGAWAI PENGUATKUASA GRED N41

Klasifikasi: Pekhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional

Taraf Jawatan: Kontrak

Bilangan Kekosongan: Satu (01) Jawatan

Tempat Kekosongan: Kota Kinabalu

                                              MINIMUN    MAKSIMUM
 Jadual Gaji: Gred N41 : RM1911.00 - RM8646.00

SYARAT LANTIKAN

a) (i) Memiliki ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iii) Bekas Penolong Penguasa Polis DiRaja Malaysia atau Kapten Angkatan Tentera Malaysia atau setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;

b) mempunyai syarat - syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) tinggi sekurang - kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) berat badan sekurang - kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46km bagi Wanita;

(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang - kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja)

(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin Mata;

(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat dan

(vi) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan kerajaan.


dan

(c) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan a (i) dan (ii) diatas hendaklah lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Tarikh Tutup: 8hb APRIL 2014

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.