Sabah Miskin Kerana Musa Aman Suapkan Ratusan Juta Kepada Kroni

Tuesday, 18 March 2014

Sekarang ini kalau kita pergi ke Kanibongan ataupun Kota Marudu kita akan melihat kesan-kesan kerosakan jalan raya yang teruk.Paling menonjol ialah pecahan di tebing aspal dan lubang-lubang berskala besar. Kerosakan ini kalau tidak ditangani dengan segera akan "merebak" dan membawa kepada kerosakan berskala besar dan biasanya mengambil masa yang lama untuk dibaikpulih. Saya juga melihat beberapa jambatan yang berisiko tinggi dan perlu tindakan segera. Justeru tindakan siapakah ini?

Masyarakat umum telah tahu bahawa konsesi atau kontrak membaikpulih 2700km jalan raya di Sabah telah diserahkan kepada syarikat http://www.glob.com.my/index.html sejak tahun 2004 dengan nilai konsesi ??? juta ringgit. Pada waktu itu pemberian kontrak ini telah menimbulkan perdebatan di sidang dewan undangan negeri dan masyarakat juga membantah. Pada waktu itu juga kebanyakan kakitangan rendah JKR Sabah ura-ura akan ditamatkan perkhidmatan kerana kebanyakan bidang kerja mereka bakal diambil oleh syarikat ini. Saya masih ingat suatu ketika dulu beberapa YB BN sendiri mempersoalkan kontrak ini yg dianggap "rompakan wang rakyat di siang hari" kerana bukan sahaja tempoh masa dan nilai kontrak yg dipersoalkan malah kaedah rundingan terus juga menimbulkan persoalan.Pada masa yang sama tugas ini bertindih dengan tugas kakitangan JKR yg membawa kepada persoalan hala tuju staf JKR tersebut. Jawaban Datuk Raymond waktu itu ialah "dengan adanya kontrak ini maka kerja-kerja pembaikan jalan lebih cepat dan berkesan kerana tidak terikat dengan birokrasi dan prosedur kewangan..jentera dah sedia ada..cepat pembinaan"

Mengambil kira jawaban itu..saya membawa anda merenung sejauhmana kebenaran kalau kita melihat keadaan jalan raya Pitas-Kota Marudu.Seingat saya ada bahagian yang mengambil masa bertahun untuk diperbaiki. Dari segi nilai wang..kelewatan pembaikan ini merupakan keuntungan bagi syarikat. Umum sedia mengetahui untuk jalan Pitas-Kota Marudu mereka hanya ada "sebiji" jentera kecil berwarna hijau yang diangkut ke sana-sini. Inikah kelengkapan sebuah syarikat yang diberikan kontrak menyelenggara jalan raya di seluruh Sabah? Seperti tulisan saya awal tadi...dengan kerosakan yang begitu banyak mari kita saksikan sejauhmana syarikta ini atau mereka harus menunggu lebih banyak harta dan nyawa menjadi korban..

TANAK PITAS

Musa Aman telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan Konsesi kontrak Penyelenggaraan Jalan-Jalan JKR di Sabah Selama 15 Tahun bernilai RM600 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, GLOBINACO SDN.BHD yang dimiliki oleh LAWRENCE CHU JAN TOW.

Walaupun isu ini sudah lama berlegar-legar di alam maya, namun tidak ada apa-apa tindakan dikenakan terhadap Musa mahupun kroni-kroni beliau. Mungkinkah disebabkan tidak ada penglibatan media antarabangsa, maka kes ini boleh disenyapkan oleh pihak berkuasa?? Tidak seperti kes Micheal Chia yang mendapat liputan meluas seluruh dunia.. bagi melindungi keburukan pentadbiran kerajaan BN, maka Micheal Chia akhirnya dijatuhkan hukuman penjara.. Itu pun mengambil masa bertahun-tahun.. Namun peliknya, tidak ada pula apa-apa tindakan dikenakan terhadap Musa Aman sedangkan beliau turut sama terkait dengan kontroversi yang melibatkan Micheal Chia..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.