Pemuda UPKO/Salleh Sokong Kenaikkan Royalti Minyak

Sunday, 30 March 2014

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda UPKO Kinabatangan memberi sokongan penuh berhubung kenyataan perlunya kerajaan persekutuan mengkaji untuk menambah semula kadar royalti minyak daripada lima kepada 20 peratus.

Ketuanya, Ismail Ayub berkata, ia didorong berikutan faktor keperluan pembangunan prasarana dan peningkatan taraf sosio ekonomi yang semakin mendesak seiring pembangunan negara.

Menurutnya, penambahan kadar royalti daripada lima kepada 20-peratus itu juga dilihat dapat mengatasi masalah asas seperti bekalan elektrik, air dan jaringan jalan raya yang menjadi fokus permaslalahan rakyat di negeri ini.

Beliau menyatakan perkara itu kepada media di Kinabatangan.

Katanya, terdahulu ketiga-tiga sayap Pemuda terdiri Pemuda PBS, UPKO dan PBRS daripada komponen Barisan Nasional menyuarakan sokongan penuh kenyataan Ketua Menteri Sarawak baru-baru ini yang menuntut agar kadar royalti minyak yang diterima oleh Kerajaan negeri sekarang dinaikkan daripada 5 kepada 20 peratus.

Ketiga-tiga pergerakan Pemuda juga mencadangkan supaya satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen atau Parliamentary Select Committee ditubuhkan untuk mengenal pasti sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 dan memorandum 18 dariapda 20 perkara dalam konteks Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, mengenai saranan agar setiap borang rasmi kerajaan dipinda demi memastikan identiti anak negeri terpelihara, beliau menambah saranan itu sepatutnya telah dilaksanakan sejak penyertaan Sabah ke dalam Malaysia memandangkan status anak negeri sebagai pribumi penduduk asal negeri ini yang telah berabad menetap di negeri ini.

Don’t just ignore (their requests)…(the) majority will agree with them (youth leaders), and if they (federal government) cannot fulfill, they should explain, including the possible options given to Sabah. I am optimistic of an amicable solution. He (Prime Minister Najib Razak) is the best person to deal with this royalty issue. We should give him undivided support.” - Salleh Said Keruak

FMT Borneo Plus

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.