Interpol Jawab Kebodohan Zahid Hamidi

Saturday, 29 March 2014


Hanya 0.2 saat semak pasport curi

5.30 pagi: Reuters - Agensi polis antarabangsa, Interpol, semalam menolak tanggapan Malaysia bahawa pangkalan datanya untuk menyemak pasport adalah terlalu rumit.

Interpol berkata walaupun beberapa negara lain menggunakan pangkalan data itu berjuta kali setiap tahun, tetapi Jabatan Imigresen Malaysia tidak memeriksa pasport penumpang pesawat dengan pangkalan data agensi itu sepanjang tahun ini sebelum kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac.

Kenyataan agensi itu dibuat ekoran komen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi di Parlimen Rabu lalu bahawa bebanan pangkalan data Interpol memperlahan pemeriksaan imigresen.

Zahid berkata pangkalan data Interpol yang mengandungi data kehilangan 40.2 juta pasport adalah "terlalu besar" dan akan menjejaskan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia.

Akhbar Malay Mail Online memetik Zahid sebagai berkata tambahan pula, maklumat Interpol mengenai pasport yang hilang, boleh melambatkan proses pemeriksaan imigresen di kaunter.

Interpol, yang berpangkalan di Lyon, Perancis berkata, ia hanya mengambil masa 0.2 saat untuk pangkalan datanya mendedahkan kepada pihak berkuasa sama ada pasport disenaraikan sebagai dicuri. Tidak ada negara lain yang pernah mengadu proses itu terlalu perlahan, katanya.

"Keputusan Malaysia tidak merujuk kepada pangkalan data Dokumen Perjalanan Hilang (SLTD) Interpol sebelum membenarkan pelancong memasuki negara atau menaiki pesawat, tidak boleh dipertahankan dengan menyalahkan teknologi atau Interpol. Jika ada sebarang tanggungjawab atau untuk dipersalahkan atas kegagalan ini, ianya adalah Jabatan Imigresen Malaysia," katanya.

Dua penumpang yang menggunakan pasport Austria dan Itali yang dicuri dapat menaiki pesawat tersebut yang hilang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac.

Malaysiakini


Ulasan:

Inilah kesannya bila kerajaan Malaysia diwakili oleh menteri-menteri "cap ayam".. Patutlah negara-negara luar meragui kecekapan Malaysia dalam mengendalikan kes kehilangan pesawat MH370.. Sedangkan fungsi dan keberkesanan sistem pangkalan data pun mereka tak tahu, inikan pula menyelesaikan isu besar..

Mungkin Zahid Hamidi membayangkan pihak imigresen terpaksa memeriksa satu persatu daripada 40.2 juta fail dalam pangkalan data interpol.. Saya semakin confuse dan tertanya-tanya, adakah menteri-menteri Barisan Nasional mahir menggunakan komputer? pernahkah mereka menggunakan sistem Google? jika ya, berapa lama masa yang diambil untuk search maklumat mengenai kes liwat Anwar?? sebulan??..

Saya cadangkan kepada DS Najib supaya mengarahkan menteri-menteri "cap ayam" beliau supaya mengikuti kursus komputer bagi mengurangkan tahap kebodohan mereka.. Tidak adalah selepas ini menteri BN salahkan teknologi bila berlaku kes-kes yang boleh menjejaskan imej Malaysia atau kerajaan BN..

Berdasarkan jawapan Zahid Hamidi, dan berdasarkan tanggapan interpol terhadap Jabatan Imigresen Malaysia, saya semakin yakin bahawa kebanjiran warga asing di Sabah memang ada kaitan dengan kelemahan jabatan itu dan juga kementerian yang dipertanggungjawabkan..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.