Ghapur: Gaji minimum tidak boleh dilaksanakan di Sabah

Monday, 31 March 2014


KOTA KINABALU: Setiausaha Agung, Kesatuan Perkerja Bank Sabah (SBEU) Catherine Jikuan kesal kenyataan Ahli Parlimen (MP) Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh yang menyatakan bahawa gaji minimum tidak boleh dilaksanakan di Sabah ketika sidang parlimen pada 18 Mac lalu.

Ghapur yang dipetik berkata, “Gaji minimum ia tidak boleh diimplementasikan di Sabah kerana kita tahu keadaan negeri Sabah ini berlainan sebab di sana pekerja-pekerja yang datang itu mereka ini RM600, RM500 gaji”.

“Jadi, kalau gaji minimum ini dikuatkuasakan, mungkin bermasalah bagi majikan-majikan,” katanya ketika mengajukan maklumbalas kepada ahli parliament Kuala Langat, Abdullah Sani.

Catherine letika ditemui di pejabat di Sadong Jaya, mempersoalkan tujuan kenyataan tersebut diucapkan oleh seorang wakil rakyat yang dipilih oleh penduduk Sabah, dan melihat kenyataan sedemikan adalah satu langkah ke belakang kepada rakyat Sabah.

“Ghapur sepatutnya meminta supaya gaji minimum tersebut dinaikan untuk membantu kebajikan setiap penduduk Sabah,” katanya.

Menurut Catherine, gaji minimum RM 800 yang berkuatkuasa pada 1 Januari tahun ini di tentukan kepada negeri Sabah dan Sarawak tidak cukup kerana kos hidup adalah tinggi berbanding dengan di Semenanjung yang mendapat RM 900.

Beliau tidak setuju dengan gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan kerana terdapat kompenen yang lain yang tidak dimasukkan dalam pengiraan gaji minimum tersebut.

Catherine juga berharap gaji minimum akan dapat dinaikan dalam perbincangan yang seterusnya kerana menurut beliau, kajian Bank Dunia telah menunjukkan penurunan gaji purata di Sabah sebanyak (-0.2) peratus sepanjang 10 tahun walaupun kenaikan dalam produktiviti.

Kadar kemiskinan

Menurut laporan dari Kementerian Sumber Manusia, kadar kemiskinan bagi negeri Sabah adalah di bawah RM 1,048 pada tahun 2009, di mana gaji purata adalah RM 577, manakalah di Semenanjung, kadar kemiskinan adalah di bawag RM 763 dengan gaji purata adalah RM 1,131.

Catherine yang juga setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sabah berkata, gaji minum tidak dapat dilaksanakan secara meluas kerana kekurangan penguatkuasaan daripada pihak penguasa.

Menurut beliau, kebanyakan majikan memilih untuk membayar bayaran tambahan dan elaun dalam pengiraan gaji perkerja mereka yang tidak sepatutnya berlaku kerana gaji minimum adalah gaji asas yang diterima oleh perkerja.

Catherine menjelaskan, elaun adalah bayaran tambahan kepada masa yang dibuat oleh perkerja seperti yang ditetapkan oleh Akta Kerja 1955.

Beliau juga mendedahkan bahawa kebanyakan majikan tidak setuju dengan penetapan kadar gaji minimum kerana ia akan mengurangkan keuntungan mereka dan bertindak memindahkan kos kenaikan tersebut kepada pengguna.

Isu mengenai gaji minimum terbangkit di dewan rakyat apabila ahli parliamen Kuala Langat, Abdullah Sani mencadangan kerajaan supaya tidak mendiskirminasikan penetapan gaji minimum antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Jangan ada diskriminasi. Kalau RM900, RM900 semua. Malah saya cadangkan supaya ditambahbaikkan Sabah dan Sarawak kerana mereka dalam kos penghidupan yang lebih tinggi Yang Berhormat Kalabakan,” katanya dalam maklum balas kepada Ghapur yang mewakili kawasan Kalabakan.

Beliau yang juga pernah melawat Kota Kinabalu menjelaskan bahawa harga barang adalah 20 peratus lebih mahal berbanding di Semenanjung.

FMT Borneo Plus
 
Ulasan:
 
Nampaknya memang benar pemimpin-pemimpin BN tidak mahu rakyat Sabah memperolehi pendapatan yang lebih baik.. mereka mahu rakyat Sabah terus miskin supaya setiap kali tibanya waktu pilihanraya, mereka boleh hulurkan wang tunai kepada rakyat miskin untuk mengundi calon-calon BN.. Saya pasti, jika ada pilihanraya terdekat, Ghapur tidak akan buat kenyataan seperti di atas.. entah apa motif beliau melindungi para majikan yang tetap kaya-raya walaupun gaji minimum dilaksanakan..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.