Kerajaan Persekutuan mencuri hak Sabah dan Sarawak

Thursday 27 March 2014


 MUKAH: Kekurangan pembangunan dan penafian beberapa hak seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 mengingkatkan keinginan rakyat Sabah dan Sarawak untuk ‘menarik diri’.

Jurucakap STAR, Zulfaqar Sa’adi berkata sentimen pemisahan berlaku disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhi.

“Sentimen tersebut mula berlaku tahun 1962 seawal sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 melalui gerakan anti-Malaysia di Sarawak, Kebangkitan Brunei dan Borneo Front contohnya,

“Negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia yang baru telah dibentuk oleh etnik, wilayah dan perbezaan mahzab yang sudah wujud walaupun Sabah dan Sarawak mempunyai lebih banyak persamaan antara satu sama lain,

Zulfaqar juga berkata sentimen yang belaku disebabkan konsep ‘Ketuanan Melayu’, pelampau agama dan isu perkauman yang telah menghangatkan lagi keadaan.

`Etnik dan agama’

“Walaupun terdapat langkah-langkah untuk mengelakkan kerajaan negeri daripada berpisah dan bertukar menjadi negara yang bebas, biasanya kecenderungan itu berlaku menurut etnik dan agama,

“Ini berlaku seperti di Quebec, Kanada atau Kashmir di India, permintaan untuk ‘berpisah’ tidak dapat dielakkan malah ia juga berlaku di Crimea, Venice, Papua New Guinea, Kalimantan, Scotland, Catalonia dan Sahara Barat,

“Kekurangan pembangunan ekonomi juga membawa kepada keiginan terbabit.” katanya.

Catalonia, yang mempunyai ekonomi dan asas perindustrian yang maju ingin berpisah dari Sepanyol mendakwa bahawa sumber-sumbernya yang digunakan oleh negara-negara lain.

Beliau berkata krisis terbabit boleh berlaku kerana pembangunan hanya berlaku di Malaya.

“Sabah dan Sarawak telah jauh ditinggalkan dan mereka hanya mengongsi secebis pembangunan sahaja,

“Rakan kongsi telah ‘dicuri’ oleh beberapa kerajaan negeri di Malaya yang menyamar sebagai Kerajaan Persekutuan Malaysia secara pandangan kasar,

“Tidak perlu dikatakan, rakyat Sarawak dan Sabah akan menentukan pilihan yang terbaik untuk mereka selepas menilai kebaikan dan keburukan semua alternatif yang dikemukakan kepada mereka.” tegas beliau.

FMT Borneo Plus

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.