MH370: Kita jadi contoh atau bahan ejekan seluruh dunia?

Tuesday, 25 March 2014

DEPAN PEMBANGKANG BOLEHLAH DIA CAKAP BEGITU.. DEPAN KELUARGA MANGSA??

Ketika berdozen ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) menyatakan protes di luar Kedutaan Malaysia di Beijing, China, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ‎hari ini berkata peristiwa kehilangan MH370 mampu menjadi contoh kepada seluruh dunia dalam memupuk penyatuan.

Beliau berkata demikian berdasarkan penglibatan bantuan negara luar terhadap Malaysia dalam misi mencari dan menyelamat pesawat tersebut bermula daripada hari pertama sehinggalah keputusan konklusif yang menyatakan pesawat tersebut berakhir di Lautan Hindi.

Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata, segala cabaran dan dugaan yang diterima berhubung insiden pesawat MH370 mempunyai hikmah.

"Apa juga ujian pasti ada hikmahnya dan kita mesti melalui bersama. Saya berpendapat sekiranya usul ini boleh dipersetujui tanpa pengecualian maka ini akan menjadi sejarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Kita melihat dunia hari ini berpecah dengan kebencian, perbalahan malah pembunuhan. Bagaimanapun dalam kes MH370, Malaysia boleh menjadi contoh untuk mengkoordinasi apa yang kita lakukan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.