Pemandangan sedih Kota Kinabalu dibawah kepimpinan Musa Aman menjelang Hari Natal

Thursday, 26 December 2013


KOTA KINABALU: Dalam kesibukan merayakan kedatangan Hari Natal dan Tahun Baru 2014, di celah-celah perhiasan ada pemandangan sedih yang mengusik suasana perayaan.

Anak-anak kecil dan wanita-wanita kelihatan menyelongkar bekas tempat buang sampah untuk sisa makanan dan bahan kitar semula berdekatan sebuah restoran, 10 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu.

Pemandangan dikatakan semakin ketara dan mendapat perhatian apabila gambar sekumpulan anak dan wanita kelihatan di tempat buang sampah dikongsi di laman sosial facebook.

Pengguna facebook yang hanya dikenali Sapp Sabah yang mendedahkan gambar tersebut menulis “lagi org Sabah, Anak Negeri Sabah Suku kaum Dusun Sungai dari Kota Marudu mengorek sisa makanan dari tong sampah di Damai Plaza, Luyang”

“Menghayat hati dan jiwa… pls kasi share (tolong sebar) ” adalah permintaannya kepada pengguna laman sosial yang lain.

Setakat ini, gambar tersebut dikongsi oleh 130 pengguna lama sosial facebook dan persoalan timbul sama ada anak anak dan wanita tersebut adalah orang tempatan atau pendatang.

Ada juga mempertikaikan tujuan pendedahan gambar ini yang mengaibkan dan memalukan individu dalam gambar atau mempunyai tujuan tersembunyi.

Chester Pang, dipetik dari komen laman sosial, “Mereka yang berada dalam gambar menetap di atas bukit Sunny Garden yang dahulunya quarters JKR yang bertukar menjadi (setinggan).”

“Saya masih berada di Upperstar Damai sekarang dan baru saja mendapat info (maklumat) dari Supervisor (penyelia) Upperstar yang sisa daging ayam mentah dari Upperstar.” tulis Chester.

Beliau berharap pihak berkenaan atau pihak yang ada penyelesaian tahu tentang post ini sebab itu bersetuju agar Sapp Sabah mendedahkan gambar ini sehingga sampai ke pihak sasaran.

Adam, (bukan nama sebenar) aktivist sosial yang terlihat gambar di laman sosial berkata, sedang menyiasat sama ada individu terbabit dalam gambar adalah mereka yang tinggal di penempatan setinggan atas bukit berdekatan Sunny Garden.

Adam yang sebelum ini pernah bertemu dengan kumpulan ini menjelaskan kepada FMT bahawa sebahagian besar mereka yang tinggal di kawasan setinggan adalah dari Sungai Labuk, Beluran.

Selebihnya adalah mereka yang tidak mempunyai dokumen penempatan ataupun yang hanya mempunyai dokumen penempatan sementara.

Beliau tidak dapat mengesahkan adakah individu dalam gambar adalah mereka yang tinggal di penempatan setinggan di atas bukit berdekatan Sunny Garden.

Namun, beliau yang pernah berhubung dengan penduduk penempatan setinggan tersebut ekoran rancangan oleh kerajaan negeri untuk membina kompleks mahkamah tinggi yang baru.

Adam juga menjelaskan bahawa kebanyakan mereka berkerja kontrak sebagai tukang potong rumput dan tukan bersih untuk kawasan perumahan berdekatan.

Sama ada mereka memilih atau tidak untuk tinggal di bandaraya masih menjadi persoalan. Namun, Adam percaya mereka memilih untuk datang dan berkerja di bandar.

Sebahagian besar mereka dikatakan telah balik ke kampung halaman ekoran musim cuti dan perayaan yang menberi gambaran mereka masih mempunyai tempat tinggal di kampung halaman.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Yeoh Boon Hai dalam komen di laman sosial telah mengarahkan kakitangannya menyiasat akan kejadian tersebut.

Melihat akan gambar tersebut, beliau percaya mereka sebenarnya sedang mencari bahan bahan kitar semula untuk dijual dan mendapat wang tambahan.

Beliau menambah, adalah amat sensitif apabila berbincangan mengenai keadaan orang tempatan terutamanya yang datang dari pedalaman.

Yeoh berkata, DBKK mempunyai sistem khas untuk mengupah perkerja harian untuk kontrak bersih kawasan bandar dan sekiranya mereka sanggup membuat kerja tersebut, mereka boleh membuat permohonan.

Pendedahan gambar ini memberi gambaran yang yang jelas akan tahap kemiskinan di negeri ini, menurut seorang pemerhati politik tempatan.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Bank Dunia di Washington, mengesahkan Sabah bukan hanya sebagai sebuah negeri yang termiskin tetapi akan kekal untuk jangka masa yang panjang sekiranya tidak ada tindakan.

Kekayaan sumber minyak, gas, balak dan kelapa sawit Sabah dikatakan masih gagal untuk membantu mereka yang miskin terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar.

Peningkatkan penduduk kawasan luar bandar dan perdalaman ke kawasan bandar untuk berkerja menunjukkan mereka terdesak dan hidup susah.

Banyak organisasi dan kumpulan kebajikan yang membantu penduduk di perdalaman Sabah tetapi kerajaan negeri sepatutnya menjadi penggerak utama dalam kegiatan membasmi kemiskinan dan kesusahan.

Lawatan oleh Ahli Parliment Gelang Patah, Lim Kit Siang dari Demokratic Action Party (DAP) untuk merasmikan kemudahan air gravity yang telah siap di Kg Samparita Laut, Kota Marudu.

Ini memberikan tanggapan buruk kepada usaha kerajaan negeri untuk membantu penduduk perdalaman.

Menurut beliau, masih ramai yang tinggal di kawasan perdalaman hidup tanpa kemudahan elektrik dan air yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Keadaan semasa ini tidak mengambarkan semangat penjanjian Malaysia yang tertulis dalam batu bersumpah di keningau.

Lim mendakwa Barisan Nasional telah lama berkuasa selama setengah abad, tetapi masih gagal membangunkan Sabah seperti di Semenajung.

Free Malaysia Today

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.