Mohon Rafizi minta pertolongan HK siasat penyelewengan Gani Patail dan Musa Aman

Tuesday 17 December 2013

Tolong bangkitkan semula skandal rasuah Musa Aman!

Susulan pendedahan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim mengenai salah laku Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, PKR akan meminta kerjasama pihak berkuasa Hong Kong untuk menyiasat isu tersebut.

Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, keputusan itu diambil memandangkan masih tiada tindakan konkrit dari pihak berkuasa negara ini di atas pengakuan Mat Zain itu.

"Oleh yang demikian, sebagai Ahli Parlimen dan Pengarah Eksekutif badan pemantau rasuah National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW Centre) saya telah membuat keputusan untuk menghubungi pihak berkuasa Hong Kong untuk membawa perkara ini ke perhatian mereka bagi siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rafizi, NOW Centre mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa Hong Kong dan beberapa Ahli Parlimen Hong Kong semasa siasatan terhadap dakwaan salah laku rasuah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dibuat di Hong Kong tahun lalu.

"Kerana itu saya akan menghantar laporan dan permohonan rasmi kepada Setiausaha Keadilan Hong Kong, Pengarah Pendakwaan Awam Hong Kong Rimsky Yuen, Keith Yeung, dan Ahli Parlimen Hong Kong James To untuk menyiasat dakwaan wang sogokan dimasukkan ke akaun Tan Sri Gani Patail di Hong Kong," katanya.

Katanya meminta kerjasama dari Hong Kong merupakan tindakan wajar kerana pihak berkuasa negara itu mempunyai kuasa menyiasat urusniaga pemindahan wang yang melibatkan rasuah atau wang haram.

Malah kata Rafizi sekiranya Hong Kong menjalankan siasatan tersebut ia akan menggerakkan kerajaan Malaysia untuk memberi maklum balas mengenai kes tersebut.

"Saya percaya jika siasatan dapat dimulakan di Hong Kong, Kerajaan Malaysia tidak ada pilihan lain kecuali memberi maklumbalas mengenai perkara ini," katanya.

Lebih dari itu Rafizi berkata langkah tersebut boleh memberi desakan kepada kerajaan untuk menggantung sementara perkhidmatan Gani sehingga siasatan di Hong Kong selesai," katanya.

Tegas beliau kenyataan bersumpah bekas pegawai kanan polis yang pernah menyiasat pimpinan utama negara termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin membawa kesan besar kepada negara.

Katanya, ini kerana ia bukan saja melibatkan kepentingan awam namun menjejaskan krebiliti dan kebolehpercayaan terhadap sistem undang-undang negara. - Malaysian Insider

Gani Patail bersekongkol tutup kes rasuah Musa Aman

Michael Chia telah ditahan di Hong Kong ketika dia cuba untuk menyeludup keluar SG$16 juta dalam bentuk wang tunai ke Malaysia, telah mencetuskan penyiasatan ke atas jenayah penyelewengan wang yang besar jumlahnya.

Siasatan yang serupa juga telah dijalankan oleh pihak SPRM Malaysia, namun kami difahamkan bahawa siasatan kerjasama dwi-negara (Hong Kong-Malaysia) itu telah dihalang oleh kenalan keluarga Musa sendiri, iaitu Peguam Negara, Abdul Gani Patail.

Pihak-pihak yang terbabit turut mengutuk Malaysia kerana enggan menandatangani kerjasama dalam penyiasatan dan akhirnya menutup kes itu yang telah menyebabkan wang itu dilepaskan semula kepada Musa Aman dan para nomininya. Keengganan pihak Malaysia itu sebenarnya adalah tanggungjawab Peguam Negara, Abdul Gani Patail, saudara terdekat kepada Musa Aman.

Kerahsiaan Musa Aman yang berkisar pada kegiatan-kegiatannya selaku Ketua di Yayasan Sabah bermakna bahawa semua penafiannya dan penentangannya bahawa dia seorang yang tidak bersalah perlu diambil kira. Di samping itu semua salinan dokumen yang ada dalam simpanan kami yang menyokong tuduhan-tuduhan ke atasnya bersabit rasuah pembalakan yang sedang disiasat pihak SPRM dan ICAC Hong Kong dalam tahun 2008 dulu sebelum Peguam Negara Abdul Gani Patail masuk campur telah menutup kes ini dan menghalang apa jua tindakan seterusnya. - Sarawak Report

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.