“Kempen Nyah Taib” dilancar 29 Disember, "Nyah Musa Aman" bila lagi?

Friday 27 December 2013


KUCHING: Kegagalan Taib untuk bersara menimbulkan tanda tanya bagi banyak pihak dan tidak dinafikan punya sedikit sebanyak khidmat jaya namun rekod rasuah dan salah guna kuasa hasil terlalu lama di tampuk pemerintahan sudah terlalu menyerlah.

Sarawak antara negeri paling kaya kini kekal rakyat menjadi antara termiskin, namun tidak dinafikan ramai terus mendokong dia kerana tertipu dengan imej ‘raja puteh’ yang tampil dengan politik ‘santa clausnya’.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Badrul Hisham Shahrin atau dikenali sebagai Che ‘Gubard berkata SAMM akan mengadakan kempen ‘Nyah Taib’ yang akan dilancarkan pada 29 Disember di Kuching.

“Kempen ‘Nyah Taib” ini ialah kempen untuk mengajak semua rakyat Sarawak termasuk penyokong parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) untuk turun ke bawah,

“Ini juga untuk menyedarkan rakyat Sarawak mengenai kepincangan dan keterlaluan Taib dan keluarganya mengumpul harta kekayaan

Beliau juga berkata Taib juga gagal dalam memajukan Sarawak seiring dengan ‘sedutan’ kekayaan hasil buminya.

Dalam masa yang berasingan, akhbar tempatan melaporkan bahawa dakwaan mengenai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu mengadakan demonstrasi pada 29 Disember depan rumah Taib.

SAMM berkata kempen ‘Nyah Taib’ ini ialah usaha SAMM Sarawak dengan sekutu aktivis dari pelbagai latar belakang dan bukan PKR.

“Ia bukan berbentuk aksi jalanan tetapi lebih kepada kempen kesedaran dimana bahan seperti risalah, audio visual akan disebarkan hingga ke pedalaman bagi meningkatkan kesedaran orang ramai,

Beliau juga menambah sekumpulan anak muda juga akan dilatih sebagai agen penyebar maklumat bagi memastikan maklumat berkesan sampai kepada sasaran yang tepat.

Abdul Taib bin Mahmud (77 tahun) telah menjadi Ketua Menteri Sarawak selama hampir 33 tahun.

Kempen ini dilakukan bertujuan untuk bertemu dengan ahli SAMM Sarawak, menyusun masa muda melalui pertemuan dan siri diskusi sepanjang lawatan kerja ini.

“Lawatan ini akan disertai oleh 11 Penyelaras dan dan saya sendiri,

“Ini dibuat sebagai rentetan dari ziarah ke Baram pada November lepas dan ini peluang bagi mengenali perlawanan peringkat akar umbi selain memahami isu di Sarawak malah amat penting kerana kurang dari 2 tahun akan berlaku Pilihanraya Negeri,” tegas beliau

Free Malaysia Today

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.