Najib kena kutuk bertalu-talu dalam FB bukti kerajaan BN diambang kejatuhan

Monday, 23 December 2013


Laman Facebook Datuk Seri Najib Razak bertukar menjadi talian aduan selepas pengunjung bertalu-talu memberikan rungutan dan kritikan mereka, beberaja jam selepas Najib mencadangkan sebuah makmal kos sara hidup bagi mengkaji keluhan rakyat tentang kenaikan harga barang dan perkhidmatan. “Adoi... Makmal otak dia. Baik buat makmal uji kaji binatang lagi bagus. Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional iaitu makmal kos sara hidup 1Malaysia. Betul-betul bodohkan rakyat. Terima kasih BN,” tulis Sulaiman Leman Ahmad di laman sosial Najib, yang mempunyai peminat lebih 2 juta.

Semalam Najib buat pertama kali memberikan respon kepada keluhan rakyat terhadap tindakan drastik kerajaan menyelaraskan subsidi dan menaikkan harga, termasuk cadangan menaikkan kadar tol walaupun Barisan Nasional menjanjikan penurunan tol pada pilihanraya Mei lepas.

Najib berkata kerajaan bersetuju menubuhkan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksaan (Pemandu), sebagai langkah menangani peningkatan kos kehidupan.

“Makmal ini bertujuan untuk mengkaji serta merangka langkah-langkah susulan untuk meringankan beban rakyat dalam mengharungi masalah ini.

“Kerajaan sentiasa mencari formula yang sesuai untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Pada masa yang sama, kita juga perlu memandang ke hadapan demi memastikan ekonomi negara terus mampan,” tulis Najib, disusuli 8,053 komen di Facebook pada ketika berita ini ditulis.

Seorang pengunjung, Rushdy Ali, menulis: “Setakat dengar baik tak payah bedebah. Siap nak buat makmal. Buat apa nak menghabiskan duit lagi. Lu spend banyak rakyat tanggung hutang. Memang haram setiap sen cukai kau ambik.”

“Kamu buat hutang, rakyat yang kena tanggung beban nya? Menteri-menteri kamu gaji dinaikkan. Tenaga Nasional Berhad (TNB) untung 1.7billion tetapi letrik naik jugak.

“PLUS untung berjuta-juta tapi tol di naikkan. Kalau mcm tu aku buat hutang kamu bayar kan. Nak? Rajin-rajin la dengar masalah rakyat sebelum buat sesuatu. Manifesto BN sebelum PRU kata kadar tol tidak akan di naikkan.. Selepas PRU bukan saja tol tapi semua barang naik harga,” tulis Syah Raja Azlan.

Sementara Mohd Eizar Farhan pula memohon Perdana Menteri untuk memikirkan kesan yang bakal ditanggung rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

“Masyarakat perlukan minyak petrol untuk bergerak. 20 sen nampak sikit tapi hakikatnya ada org yang tak mampu.

“Nak tak nak terpaksa juga juga sebab ia penting kepada masyarakat kita. Harap fikir semula pihak kerajaan,” tulisnya mengeluh.

Seorang lagi pengguna Facebook, Faizul Rusli, meminta kerajaan menurunkan harga minyak selari dengan penurunan harga minyak dunia.

“Tetapkan subsidi siling bagi minyak Ron 95 dan diesel... contohnya RM 1.00. Hapuskan cukai kereta nasional kpd 0%. Ini menggalakkan pembelian kereta tempatan.”

The Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.