Tarif Letrik: Menteri Tipu Jumlah Kenaikan?

Tuesday 3 December 2013

Semalam banyak media massa termasuk Bernama melaporkan pengumuman Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bahawa kenaikan kadar tarif elektrik baru berikutan polisi rasionalisasi subsidi bahan bakar.

Menurut Menteri, kadar di Semenanjung sekarang iaitu 33.54 sen sekilowat sejam (KWJ) dinaikkan kepada 38.53 sen/KWJ, iaitu kenaikan sebanyak 14.89% atau 4.99 sen.

Semalam juga Mykmu.net mendedahkan tiada peringkat Tarif Elektrik dengan harga 33.54 seperti didakwa oleh Menteri. (Lihat: Pengumuman Kadar Tarif Elektrik Mulai 1 Jan 2014 Mengelirukan)

Hari ini, laman web TNB yang memaparkan tarif baru elektrik jelas menunjukkan Menteri telah menipu dengan mengatakan harga tarif letrik per KWJ dinaikkan sebanyak 4.99 sen.

Tarif paling rendah iaitu 301-400 KWJ sebulan dinaikkan sebanyak antara 10-11.6 sen/KWJ.

Jika benar analisis ini, tindakan menipu pengguna seperti ini sangat memalukan dan mencerminkan sikap tidak profesional Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Kita mahu penjelasan yang profesional dari kerajaan.

mykmu

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.