Hanya di Malaysia: Menteri cadangkan bantuan TELEVISYEN kepada MANGSA BANJIR

Thursday 26 December 2013

 
KUANTAN: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah diminta mengusahakan bantuan set televisyen kepada setiap keluarga yang ditimpa musibah banjir baru-baru ini.

Beliau berkata bantuan televisyen itu merupakan antara usaha kerajaan yang akan bekerjasama dengan pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha meringankan bebanan mangsa banjir.

"Saya dah maklumkan kepada pihak SKMM untuk cari jalan bagi membantu supaya dapat meringankan beban mangsa banjir, dalam usaha menguatkan semangat kekeluargaan ialah televisyen, di mana keluarga berkumpul bersama-sama (menonton televisyen)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis 'Sentuhan Kasih' di Cherating, Selasa malam.

Majlis Sentuhan Kasih itu bertujuan mengumpul dana untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kemaman dan Kuantan.

Beliau berkata kerajaan amat prihatin dengan mangsa banjir buruk yang melanda beberapa negeri baru-baru ini terutamanya di Kemaman, Terengganu dan Kuantan, Pahang.

"SKMM akan memikirkan bagaimana untuk kita mencari dana dan jalan untuk memberi satu set tv kepada setiap keluarga, seramai 30,000 keluarga terlibat (dalam banjir buruk baru-baru ini di seluruh negara), jadi kita akan cari 30,000 set tv.

"Insya-Allah ia akan jadi kenyataan, kita akan berusaha dengan semua pihak terlibat, untuk pastikan jadi kenyataan, juga dari NGO, yang sebelum ini dilihat telah memberi bantuan berupa tilam, dapur dan sebagainya," kata Ahmad Shabery.

Banjir buruk yang melanda baru-baru ini terutamanya di Kemaman dan Kuantan, mengakibatkan lebih 70,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.

Malah di Kemaman, sebanyak 10 pusat pemindahan daripada 49 pusat pemindahan di situ terpaksa dipindahkan berikutan pusat itu juga ditenggelami air.

Banjir buruk awal Disember lepas itu mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit, di mana kebanyakan keluarga di Kemaman dan Kuantan, mengalami kerugian total.

BERNAMA

3 comments:

  1. Mintak khemah untuk mangsa banjir xperlu, bg set tv lg penting.. xpaham aku menteri zaman sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. maklum sajalah menteri zaman sekarang.. apa2 hal, kroni tetap didahulukan..

      Delete
  2. nak bg tv sebab boleh terus menerus tipu rakyat melalui saluran tv pro kerajaan....ni semua agenda kerajaan utk terus menipu rakyat di pantai timur...

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.