Hotel 30 tingkat siap 15 hari di China

Monday 16 December 2013

Sebuah syarikat pembinaan China, sekali lagi mencatat rekod dunia apabila berjaya menyiapkan pembinaan bangunan hotel setinggi 30 tingkat hanya dalam tempoh 15 hari atau 360 jam.

Hotel Ark, seluas 17,000 meter persegi yang dibina oleh Broad Group, syarikat pakar seni bina, siap dalam 15 hari selepas sebelum ini mencipta rekod membina bangunan hotel setinggi 15 tingkat juga dalam tempoh 15 hari.

Apa yang lebih menarik, bangunan itu berjaya disiapkan tanpa sebarang kecederaan di kalangan pekerja dan ia mampu bertahan dalam gempa bumi sekuat 9 pada skala Richter.

Semua bahan yang digunakan adalah daripada jenis pasang siap di mana bahan-bahan binaan terlebih dahulu diproses di kilang dan pekerja hanya perlu menyambungkan komponen-komponen tersebut untuk menjadikannya satu bangunan.

Untuk menyiapkan struktur komponen utama, ia hanya mengambil masa 46 jam dan tempoh 90 jam lagi digunakan untuk menyiapkan bahagian luaran.

Struktur bangunan itu juga kalis bunyi dan mampu menebat arus udara panas, selain mempunyai pemantau kualiti udara di setiap bilik hotel.

Sumber
 
**MALAYSIA BOLEH BUAT KER?? BUAT RUMAH KOS RENDAH PUN AMBIL MASA BERTAHUN-TAHUN.. SIAP TERBENGKALAI LAGI.. BANGUNAN-BANGUNAN BESAR DI MALAYSIA PUN SAMA JUGA.. DAH LA LEMBAB, MUDAH RUNTUH PULA TU...

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.