Penduduk khuatir empangan Kaiduan menjejaskan keselamatan

Monday 16 December 2013

KOTA KINABALU: Cadangan pembinaan empangan Kaiduan meragukan penduduk sekitar.

Sekumpulan penduduk Ulu Papar yang mengelarkan diri mereka ‘Taskforce Against Kaiduan Dam’ melakukan pemantauan di sebelah hilir Papar.

“Kita menerangkan kepada komuniti asal dan membuat kepastian mengenai berita berkenaan kemasukan kontraktor-kontraktor yang mencurigakan di kawasan Mondoringin, iaitu kawasan yang dikatakan tapak empangan Kaiduan,” kata Amanda Leonie salah seorang pentadbir halaman Save Ulu Papar

Beliau juga menerangkan bahawa lawatan ke Kaiduan tidak dapat dilakukan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

“Kami meneruskan perjalanan untuk berjumpa beberapa komuniti di hilir Papar,

“Menurut sumber, pembinaan empangan Kaiduan telah diluluskan dan proses operasi akan dimulakan pada hujung Disember ini atau awal bulan Januari 2014,

“Ini bermakna, bahan-bahan binaan dan pekerja akan masuk ke Mondoringin pada masa tersebut,” tegas beliau.

Masalah bekalan air

Dalam laporan FMT bulan lepas, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga merupakan Menteri Pembangunan Infrastruktur menegaskan pembinaan empangan adalah untuk menangani masalah kekurangan bekalan air di pantai barat pada tahun 2015.

“Ini untuk menyelesaian kekurangan bekalan air di beberapa kawasan dan tidak akan menganggu kehidupan komuniti asal,” katanya.

Penduduk hilir Papar (identiti dirahsiakan) berkata setakat ini, belum ada kelihatan kenderaan, mesin atau traktor yang memasuki Mondoringin.
 
“Tetapi tiang-tiang hidro-elektrik sudah memulakan pemasangan dan menyatakan bahawa tiang terbabit didirikan dari Kimanis sehinggalah ke Lokawi,” tegas penduduk terbabit

“Kontraktor menyatakan bahawa pemasangan tiang tersebut dimulakan awal dan sumber tenaga elektrik akan disambungkan kemudian melalui empangan Kaiduan siap dibina,” lanjut beliau

Amanda juga memaklumkan bahawa mereka telah mendapat maklumat dari seorang pekerja bahawa tiang tersebut adalah untuk kawasan Penampang.

“Beliau tidak pasti adakah dari empangan di Penampang atau pun loji elektrik yang terletak di Kolopis, Penampang,

`Bukan tenaga elektrik’

“Kami beranggapan bahawa mereka juga tidak tahu bahawa empangan Babagon, Penampang hanya menakung dan menyalurkan air, bukannya untuk tenaga elektrik,

“Terdapat kontraktor yang datang ke Kampung Bisuang, Bolotikon, Kaiduan, Kogopon dan Mandalipau untuk menemuramah penduduk dengan menawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan untuk pembinaan empangan Kaiduan,

Tegas Amanda kontraktor tersebut mengatakan bahawa mereka hanya akan mencari pekerja di kawasan kampung tersebut dan tidak akan mengambil pekerja dari luar dan telah menyenaraikan nama penduduk kampung yang mahu bekerja untuk pembinaan empangan Kaiduan, beserta dengan nama tugasan mereka seperti; pemandu lori, kerani, sekuriti, dan lain-lain lagi.

“Apabila penduduk bertanya tentang keselamatan mereka apabila empangan Kaiduan Siap dan mereka mungkin menghadapi bahaya banjir secara mengejut, kontraktor tersebut mengatakan bahawa rumah teres untuk semua kampung berdekatan dengan sungai Papar akan dibina di tempat yang selamat,

“Adakah mereka tidak mahu membantah, mereka mengatakan bahawa sebahagian besar penduduk pada mulanya mahu membantah. Tetapi apabila tiang elektrik-hydro untuk empangan Kaiduan didirikan, mereka berasa bahawa tidak ada lagi harapan untuk membantah.” tegas beliau

Sebahagian penduduk pula mahu membantah dan pernah mencari taskforce untuk mendapatkan maklumat bagaimana untuk membantah.

Free Malaysia Today

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.