Negeri Termiskin Miliki Bilangan Anggota UMNO Paling Ramai di Malaysia

Friday 6 December 2013

KUALA LUMPUR: Umno kini mempunyai 3,430,750 anggota dengan Sabah kekal sebagai negeri dengan keanggotaan paling ramai iaitu 518,773 orang.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata setakat ini parti tonggak Barisan Nasional (BN) itu mempunyai 21,208 cawangan di seluruh negara kecuali Sarawak.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata Umno Silam di Sabah merupakan Umno bahagian dengan bilangan anggota tertinggi iaitu 49,880 orang.

“Suka juga saya umumkan Kampung Tinusa di Libaran, juga di Sabah, merupakan cawangan paling ramai anggota iaitu 1,855 orang,” katanya ketika membentangkan laporan tahunan parti dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Perhimpunan yang dihadiri 2,739 perwakilan itu dirasmikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perhimpunan turut disertai wakil 29 parti politik dari 21 negara.

Selain itu, Tengku Adnan meminta hadirin mendoakan keselamatan rakyat di beberapa negeri yang dilanda banjir sekarang.

Beliau juga mengambil kesempatan itu meminta mereka mendoakan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya cepat pulih.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan kini dirawat di sebuah hospital swasta di sini akibat masalah saluran arteri sempit.

Borneo Insider

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.