Naik Taraf Perkhidmatan Elektrik Dahulu Sebelum Naikkan Tarif

Thursday 5 December 2013

KOTA KINABALU: Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan mengalami kenaikan tarif elektrik iaitu sebanyak lima sen atau peningkatan 16.9 peratus.

Kenaikan ini menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili disebabkan kesan penyelarasan harga gas domestik, penetapan harga gas asli cecair dan penyelarasan harga arang batu.

Rakyat Sabah berpendapat bahawa kenaikan tarif oleh Sabah Electrcity Sdn Bhd (SESB) adalah sesuatu yang tidak munasabah kerana perkhidmatan elektrik di Sabah belum memuaskan.

“Perkhidmatan tidak sebaik mana tetapi bayaran sibuk pula dinaikkan,” ujar Maxwell Owen George

Sarima Mah pula berkata,”Belanja dapur satu bulan mencecah RM400 sebab harga barang di Sabah mahal, tetapi janji harga barang sama seperti Semenanjung masih tidak dikotakan, malah semua naik”.

Hamzah Amit pula menambah, “Sakit kepala memikirkan pemimpin yang mementingkan keuntungan syarikat utiliti berbanding bebanan rakyat jelata. Kerajaan negeri tiada kuasa pantau SESB?”

Laporan Astro Awani kelmarin mendedahkan bahawa SESB akan mengerakkan bilik operasi untuk menerangkan kepada orang awam mengenai pengurangan subsidi ke atas tarif elektrik.

“Orang awam boleh memberi pertanyaan dan rungutan melalui bilik operasi di tingkat bawah Wisma SESB di Karamunsing atau boleh membuat panggilan percuma 1-800-88-4500 atau melalui e-mel tariff@sesb.com.my,” tegas Pengurus Awam (Pengedaran) SESB Ahmad Sazree Abd Aziz

Menurut Ahmad Sazree, pengguna juga boleh melayari laman web SESB di www.sesb.com.my yang mana menyediakan kemudahan untuk pengguna merancang kegunaan elektrik harian mereka.

“Hampir tiap-tiap minggu, ada gangguan bekalan elektrik,” ujar Lian Chue San

Pengguna elektrik di Sabah menggesa agar perkhidmatan elektrik dinaik taraf terlebih dahulu sebelum sebarang kenaikan tarif dilakukan.

“Ongkili sepatutnya memberi harga elektrik yang sama dengan Semenanjung, supaya masyarakat Sabah yang berpendapatan rendah tidak terbeban dengan tarif elektrik dan sebagainya,” tegas Greg Junior Michael.

Free Malaysia Today

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.