Dr. Jeffrey Tidak Nafi Khabar Angin Akan Jadi ADUN Bebas

Thursday 5 December 2013

Dipetik: Daily Express

Keningau; Pengerusi STAR Sabah Dr. Jeffrey Kitingan tidak menafikan khabar angin beliau akan menjadi seorang ADUN bebas tidak lama lagi.

"Saya selama ini sentiasa bebas. Walau sebelum pilihan raya. Saya tidak menyokong mana-mana parti tertentu tetapi saya boleh bekerjasama dengan parti lain khasnya apabila ia akan membantu rakyat menyelesaikan masalah ekonomi," katanya.

Mengikut khabar angin itu, Jeffrey akan mengumumkan tidak lama lagi bahawa beliau akan menjadi ADUN Bebas yang tidak menyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Jeffrey berkata beliau tidak berniat untuk mengubah konsep politiknya dalam masa terdekat. Bagaimanapun, beliau enggan menghurai lanjut.

Sementara itu, bantahan Jeffrey terhadap pembinaan sebuat loji air di kawasan Taman Bandukan terus buntu walaupun gesaannya mendapat sokongan lebih 30 kampung.

"Kerajaan tidak mengendahkan bantahan. Tiga ADUN berkeras projek itu mesti dijalankan walaupun rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Beliau juga mengadu mengenai lampu jalan yang tidak berfungsi di kawasan kampung dan meminta kerajaan membaiki dewan masyarakat mini di Apin-apin, jambatan gantung, hentian bas dan jalan raya.

D.K.M Sabah

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.