Malaysia pula kekal dengan kerajaan yang tidak kompeten untuk berdekad lamanya, dan kekal dengan pentadiran yang tidak mampu berubah menjadi lebih baik.
Tiada ganti bagi kecekapan, sikap bertanggungjawab dan ketelusan. Integriti juga amat mustahak dan soalnya, pemimpin negara manakah yang memiliki sikap-sikap ini?
Jawapan: Korea Selatan
Perdana Menteri Korea Selatan Chung Hong-won menggalas tanggungjawab bagi tragedi feri Sewol yang mengorbankan 187 penumpang baru-baru ini dan meletak jawatan dalam pentadbiran kerajaan berkuatkuasa 27 April 2014.
Feri tersebut karam ketika dalam perjalanan dari pelabuhan Incheon ke pulau peranginan Jeju.
“Saya menjadi beban kepada pentadbiran kerajaan,” katanya ringkas ketika mengumumkan pengunduran. Beliau ternyata bersedih.
Chung di "boo" dan dihumban botol minuman ketika melawat ibubapa penumpang sehari selepas kejadian. Ini berbeza dengan gambar publisiti yang menunjukkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan isteri ketika melawat keluarga penumpang MH370.
Seramai 300 penumpang, kebanyakannya pelajar dan guru sekolah menengah menemui maut atau hilang, dan dianggap mati. Ketika insiden itu berlaku, anak-anak ini diminta menanti di dalam kabin sambil mendengar arahan selanjutnya.
Penolong pengetua yang menganjurkan lawatan ke Pulau Jeju berjaya menyelamatkan beberapa pelajar sebelum pengsan. Dua hari kemudian dia mengambil nyawanya sendiri dengan menggantung diri.
Kerana sikap bertanggungjawab sebegini, tidak hairanlah bagaimana Korea Selatan kini mendahului Jepun selaku peneraju di bidang elektronik dan perkakas rumah. Bahkan di bidang pembuatan kereta, perkapalan dan pembinaan, Korea Selatan berada di persada dunia.
Sudah tentu tindakan membunuh diri oleh Penolong Pengetua itu dianggap terlalu ekstrim dan tidak digalakkan, tetapi peletakkan jawatan yang dibuat oleh Chung telah menunjukkan sikap mementingkan rakyat dan negara dengan memberi laluan kepada pemimpin yang lebih berwibawa.
Bagaimana dengan Malaysia? Mari kita perhatikan peristiwa kehilangan MH370 pula.
Pencarian telah memasuki hari ke-51 dan Najib, pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, jabatan penerbangan awam, MAS dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semua telah membuat kenyataan bercanggah.
Siapa yang mahu menggalas tanggungjawab bagi kehilangan pesawat itu?
Pegawai Malaysia berlagak seperti hero di kaca TV dan tidak mahu menjelaskan muatan kargo MH370 sehingga hari ini. Mereka hanya mahu menjelaskan kepada dunia tentang operasi mencari dan menyelamat sahaja.
Soalan mustahak yang memerlukan penjelasan hanya dijawab dengan alasan samada “siasatan masih berjalan”, “kami tidak mahu mengganggu siasatan” atau “mahu menjamin keselamatan…”
Malaysia pernah dianggap lebih kaya berbanding negara Asia lain kerana memiliki hasil dari sumber alam dan petroleum, tetapi di mana kedudukan kita hari ini?
Dalam tempoh lima tahun ini, Korea Selatan telah mengubah kepimpinan negara dan mereka diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang lebih bertanggungjawab dan tidak takut melakukan perubahan.
Malaysia pula kekal dengan kerajaan yang tidak kompeten untuk berdekad lamanya, dan kekal dengan pentadiran yang tidak mampu berubah menjadi lebih baik.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.