Kami mahu kehadiran kakitangan Kedutaan Malaysia dan tidak akan meninggalkan perkarangan kedutaan ini. Mereka perlu jelaskan mengapa mereka enggan bertemu kami..
Jadi dakwaan ‘segalanya terkawal’ yang dibuat oleh Menteri Pertahanan selaku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang akhbar pada 23 April ternyata meleset.
Menteri itu membuat kenyataan tersebut apabila disoal berhubung situasi keluarga penumpang pesawat MH370.
Namun, ini tidak benar nampaknya. Bukan segalanya baik seperti yang Hishamuddin sangka selepas tercetusnya insiden di luar kawalan di hotel Beijing pada hari yang sama.
Jadi semua belum okay, Hisham. Belum lagi.
Portal berita The Mole menjelaskan bahawa seramai 10 kakitangan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dijadikan tawanan selama lebih 8 jam oleh keluarga penumpang yang ternyata kecewa. Insiden tersebut berlaku di Hotel Lido pada malam Rabu dan ia berlanjutan sehingga pagi Khamis.
Seramai 400 anggota keluarga tidak dapat menerima ketidaktentuan tentang objek tidak dikenalpasti yang terdampar di pantai Augusta, di barat daya Australia baru-baru ini. Segalanya kurang jelas dan dipenuhi kekalutan.
Mereka kemudian menjadikan kakitangan MAS yang bertindak memberi taklimat kepada ahli keluarga sebagai tawanan.
“Mereka enggan mendengar penjelasan kakitangan dan mendesak agar pegawai kerajaan daripada Malaysia dan Australia memberi kenyataan rasmi tentang objek tersebut,” sumber tertentu dipetik berkata.
Kedutaan Malaysia juga menghubungi keluarga tetapi tidak diendahkan kerana mereka hanya akan bercakap dengan pegawai kerajaan dan bukan wakil dari kedutaan.
Ini berikutan insiden sebelum ini di mana keluarga penumpang China mendakwa tidak dilayan Kedutaan Malaysia di Beijing. Mengikut posting di laman “MH370Families”, pihak berkuasa Malaysia tidak mengadakan mesyuarat dengan mereka selama tiga hari.
Admin laman itu menulis “Mereka menggunakan alasan berbeza bagi mengelak soalan yang dikemukakan. Kami mahu kehadiran kakitangan Kedutaan Malaysia dan tidak akan meninggalkan perkarangan kedutaan ini. Mereka perlu jelaskan mengapa mereka enggan bertemu kami,”
“Kami mahu MAS menyediakan makan/minum kepada keluarga tetapi mereka gagal sehingga 11 malam. Kemudian MAS berkata kakitangan kedutaan akan hadir pada 9.30 malam. Menjelang 11 malam, kami diberitahu mereka tidak akan hadir,”
“Jadi, kami datang ke Kedutaan Malaysia bagi meminta penjelasan. Sehingga jam 5 pagi, mereka tidak kelihatan,” katanya.
Ketika dihubungi theantdaily, jurucakap MAS mengesahkan bahawa kakitangannya ditahan ahli keluarga selama beberapa jam tetapi enggan mengulas lanjut.
Pihak berkuasa Malaysia telah diselar warga China kerana didakwa gagal menjamin ketelusan ketika pesawat MH370 hilang dari radar penerbangan awam.
Namun, tindakan menahan kakitangan MAS ataupun pegawai kedutaan Malaysia tidak akan merungkai masalah yang dihadapi. Kelakuan ini tidak wajar sama sekali.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.