Rakat sebenarnya tidak peduli apa GST sebetulnya. Mereka hanya tahu kerajaan akan dapat lebih wang dari GST. Bagaimana wang tersebut dibelanjakan dibelakang hari, itu yang menjadi kerunsingan rakyat.
Menteri Hassan Malek kata rakyat sekarang sudah faham mengenai cukai barangan dan perkhidmatan atau GST. Dia tidak pula memberitahu, bab mana rakyat faham? Kenapakah parti pembangkang menentang GST? Dan mengapa pihak kerajaan nampak nya mempuyai kesukaran untuk meyakinkan rakyat mengenai GST
Nampaknya kerajaan guna tektik lama. Bila sukar meyakinkan rakyat mengenai sesuatu dasar, ia menyalahkan pembangkang. Sedangkan pembangkang pun meletakkan kepentingan rakyat sebagai perkara utama. Jadi langkah pertama, kita buangkan cerita dongeng yang selalu diputarkan oleh kerajaan. Ini macam memainkan piring hitam lama yang mengeluarkan suara sumbang.
Ada fakta yang mudah mengapa BN sukar hendak jual idea GST. Siapa yang suka dicukai? Ia ibarat suatu penyakit. Mudahkan kita mengajak rakyat menyokong kesakitan yang dikenakan keatas mereka?
Mungkin kerajaan Najib lupa bahawa 53% rakyat tidak menyokong BN dalam PRU13. Kerajaan BN sedar bahawa GST akan jadi suatu hard sell. Ini berbeza dalam parlimen. Dalam parlimen mereka ada 133 suara. Speaker pun menyebelahi mereka. Bangkangan parti pembangkang terhad. Maka suara yang lebih kedengaran dalam parlimen ialah suara BN.
Hujah ahli parlimen BN bukan untuk meyakinkan dan mencapai kebenaran. Bahkan hujah mereka ialah untuk membalun hujah pembangkang. Itu semua sia2 kerana ianya tidak mengubah tanggapan pembangkang bahawa ini kerajaan yang incompetent, rasuah, dipimpin oleh pemimpin yang lemah, lembab dan yang tidak tahu memimpin negara ini kepada arah tertentu.
Keadaan nya berbeza diluar. Diluar, reality nya ialah seperti yang saya nyatakan tadi. 53% rakyat tidak menyokong mereka dan ini bererti GST akan ditentang oleh majority rakyat. saya harap orang UMNO pandai membezakan antara majority kerusi parlimen dan majority undian sebenar.
53% itu lebih besar dari 47%. 47% undian sebenar menguasai 60% kerusi parlimen. Ini suatu yang tidak adil kerana yang menyelamatkan BN ialah persempadanan yang tidak adil dan taburan pengundi yang berat sebelah.
Cuba kita tanya soalan yang mudah. Bila GST dilaksanakan, pendapatan siapa yang bertambah? Jawab nya pendapatan kerajaan. Jika diibaratkan sebagai gaji - kerajaan naik gaji, gaji rakyat beku atau turun. Bahkan bila harga barang naik - pendapatan sebenar rakyat akan turun. Masa dulu, RM1 boleh beli 10, sekarang hanya boleh beli 7 barang. Ertinya nilai RM1 sudah menurun.
Kastam Malaysia kata jika dulu hasil cukai jualan dan khidmat hanya RM16-17 billion, GST akan meningkatkan hasil kepada 22-23 billion. Firma akauntan kata ianya boleh meningkat sehingga RM33 billion. Mengapa estimate Kastam Malaysia sangat konservatif? Firma akauntan pula sangat optimistic?
Perbezaaan ini disebabkan keyakinan keatas kecekapan mengutip. Kastam tidak seyakin frma akauntan akan kecekapan mengutip GST. Firma akauantan buat perkiraan dengan andaian keadaan sempurna. Kastam pula tahu orang yang tidak membayar cukai tetap lari dari bayar cukai, ketirisan tetap berlaku, rasuah tetap berlaku dan ekonomi pasaran hitam dan penyeludupan wang terus berlaku. Yang tak boleh lari ialah rakyat biasa dan para peniaga yang secara sukarela mengistiharkan transaksi perniagaan.
Bandingan nya seperti ketika rakyat bergelut dengan kos kehidupan yang meningkat yang bererti pendapatan sebenar rakyat berkurangan - pendapatan atau gaji kerajaan naik. Kerajaan ada jalan untuk menambah pendapatan. Rakyat tidak ada.
Rakyat hendak dapat tanah untuk bercucuk tanam pun susah. Rakyat hendak dapat bantuan pun susah sebab ketua kampong akan buat saringan. Peniaga nak dapat loan pun susah sebab bank akan meletakkan syarat yang sukar. Cadangan kepada unit perancang ekonomi negeri oleh rakyat susah sebab pegawai kerajaan hanya terima cadangan yang sofistikated.
GST ialah sumber pendapatan kerajaan yang termoden. Rakyat pula gersang sumber pendapatan. Ini dia yang di fahami rakyat. Sebab itu kerajaan bersegera menyatakan kepada rakyat bahawa pendapatan mereka yang meningkat akan membolehkan kerajaan melakukan pembangunan dan kemajuan. BR1M boleh tambah, KR1M boleh jual murah lagi, ayam boleh jual 50sen, kangkung akan bertambah murah, letrik akan turun, dan sebagainya.
Adakah semua ini akan terjadi? Rakyat tidak percaya kerajaan akan belanja berhemah. Tambahan pendapatan akan kerajaan guna untuk mendanai kos pengurusan kerajaan yang kian meningkat. Pendapatan tambahan akan kerajaan Najib guna untuk mendanai aktiviti Rosmah Mansor, mendanai projek2 yang membazir, mendanai pembelian kerajaan yang mencurigakan.
Berbalik kepada natijah si Hassan Malek. Bagaimana dia membuat konklusi ini pun kita tidak tahu. Mungkin Hassan Malek seorang ahli nujum atau dia menggunakan khidmat bomoh yang meneropong dengan teleskop buloh. saya suka telatah lucu Hassan Malek dalam parlimen. He is a court jester.
Tapi GST satu perkara yang serius. Rakat sebenarnya tidak peduli apa GST sebetulnya. Mereka hanya tahu kerajaan akan dapat lebih wang dari GST. Bagaimana wang tersebut dibelanjakan dibelakang hari, itu yang menjadi kerunsingan rakyat. mengenai technicalities GST - rakyat malas mahu mengetahuinya.
Mekanisme GST hanya menarik minat orang seperti akauntan dan ekonomis sahaja. Pencerahan mechanism GST iaitu pencukaian pada setiap peringat rantaian bekalan - beza antara output gst dan input gst - kalau Ahmad Maslan dan fasilitator UMNO terangkan hanya buat orang ngantuk sahaja.
Rakyat faham bahawa GST adalah kaedah pencukaian baru yang akan meningkatkan hasil kerajaan. Peningkatan hasil ini tidak bermakna apa2 kepada rakyat, jika tambahan itu disalahgunakan.
Pegawai tinggi Kementerian Kewangan yang jaga GST beritahu - rakyat jangan takut. Hasil kepada kerajaan akan dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan dan penyediaan kebajikana. Kita berharap optimism pegawai ini disertai dengan benar2 terjadi optimism tersebut.
Rakyat hari ini hanya faham mengenai kos kehidupan yang tinggi. Isu yang paling asas ialah dalam pada rakyat menanggung beban kos kehidupan, kerajaan menganugerahkan kepada dirinya sendiri kenaikan hasil. Adil kah ini? sementara rakyat susah, kerajaan menaikkan gaji nya. bila kerajaan Selangor menaikkan elaun wakil rakyat nya, seluruh negara bising terutama orang UMNO.
Sekarang kerajaan yang dipimpin UMNO menaikan gaji nya sendiri dengan menaikkan cukai. Musibah yang menimpa rakyat Malaysia ialah duit pembayar cukai ( yakni kita) berada dalam tangan orang lain. Oang lain ini kalau terbukti pengurus dana yang cekap, tidak rasuah, tidak salah guna kuasa, hati kita tenteram. Tapi jika orang yang pegang duit kita ini ada rekod tidak baik, rasuah, salah guna kuasa, belanja dengan rakus, maka masa depan duit kita akan terancam.
Jadi apabila pegawai kementerian kewangan kata - jangan takut, hasil GST akan dikembalikan kepada rakyat, maka pendengar celotehnya akan berasa sinikal.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.