Persekutuan Malaysia adalah projek yang gagal

Wednesday 30 April 2014

Brunei dan Singapura, berada di kedudukan teratas sebagai negara terkaya dunia, manakala Sabah dan Sarawak yang lebih kaya sumber alamnya daripada Brunei dan Singapura menjadi dua "negeri" termiskin dibawah jajahan Malaya..


Regim Malaya = PR = BN bila datang Sabah dan Sarawak bajet bagus.

Datang sini mau tunjuk dorang lah paling pandai, paling hebat, paling bagus, dan semua yang paling dari orang sabah.

Datang sini kononnya menampakkan dorang lah penyelamat "bangsa & negara" demi "demokrasi".

Datang sini mau tunjuk orang borneo mesti tunduk patuh ikut cakap dorang (pusat).

Datang sini tunjuk ajar macamana urus negara sabah dan sarawak macam lah orang sabah dan sarawak ni bodoh-bodoh belaka.

Datang sini dengan muka tebal nda tau malu menawarkan 20% (PR) minyak sabah dan sarawak, macam lah minyak sabah dan sarawak ni hak milik mak bapak datuk nenek keturunan regim Malaya. Yang BN pula maintain sedut 95% hasil minyak majukan Malaya.

Datang sini nampak baik tapi semua sama mau kepentingan sabah dan sarawak contohnya hasil minyak, hasil pelancongan, hasil pertanian, hasil cukai dll mesti dipusatkan kepada persekutuan bukannya kerajaan negara sabah dan sarawak yang mana sepatutnya dibawah kuasa Sabah dan Sarawak seperti didalam perjanjian Malaysia 1963.


Datang sini mau ajar orang apa itu perpaduan 1 Malaysia tapi di Malaya nda habis-habis isu agama dan kaum dimainkan.

Datang sini paling penting kasi penuhkan peluang-peluang pekerjaan di pejabat persekutuan, pendidikan, kepolisan, ketenteraan serta pelbagai syarikat multinasional oleh orang-orang Malaya sedangkan terlalu ramai rakyat Sabah sarawak masih mengganggur dan kerja hanya cukup-cukup makan sekaligus melanggar perjanjian 20/18 perkara iaitu Borneonisasi. Ada Regim Malaya kisah sama kita?

Datang sini, ajar kita bahasa melayu, ajar kita sejarah longkang, salurkan informasi longkang dan berat sebelah...supaya kita terus jadi bodoh, lupa asal usul kita kerana tiada ilmu tentang sejarah asal usl kita..hanya sejarah Malaya melulu..2 2 regim Malaya ini sama saja...mengiyakan hari kemerdekaan palsu Malaysia 31 Ogos 1957, mengiyakan Sabah dan Sarawak adalah "negeri" ke 13 dan 14 Malaya, mengiyakan hasil bumi sabah milik Malaya bukan milik rakan kongsi bersama, menafikan autonomi negara sabah dan sarawak...

Tebalnya muka bukan?

Kenapa kita.. Rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak harus "simpan" atau kekalkan rakan kongsi Malaya ini sedangkan mereka tidak pandang kita sebagai rakan kongsi tetapi sebagai "negeri" fix deposit dan tanah jajahan secara halus?

Sila Telan Ini Fakta:

Tanpa Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah 2 Negara Borneo yang merdeka..

Tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia takkan wujud.

Jadi siapa perlukan siapa sebenarnya? Itu pasal usaha kita menuntut hak sentiasa di halang oleh puak dan keturunan regim Malaya yang tidak faham tentang hak kita, malah ada pencacai najis dari sabah dan sarawak termasuk menteri-menteri dan wakil rakyat juga cuba menghalang usaha menuntut hak sebegini... kenapa?

Kita tidak memerlukan Malaya dan para pemimpinnya untuk memajukan Negara Kita... Persekutuan Malaysia adalah projek yang gagal.. Sabah dan Sarawak seharusnya dan berhak memerintah sendiri dengab hasil sendiri.


Lihat Brunei, Untung menolak gagasan Malaysia kini menjadi ke 5 Negara Terkaya dunia.

Lihat Singapura, Untung keluar Malaysia kini menjadi ke 3 Negara terkaya Dunia.

Lihat Kita Sabah dan Sarawak, 2 negara yang kaya dengan hasil bumi.. kini termiskin malah dijajah dibawah Malaya.

Anda ingin terus dilihat bodoh kerana tidak berbuat apa2? Teruskan bersyukur "apa yang ada" dan jadi la kambing sampai akhir hayat.

Kita bukan tuntut hak orang malaya... kita hanya tuntut hak kita yang diperuntukkan dalam perjanjian Malaysia.. itu pun dorang (regim malaya dan sekutunya) berabis mau halang.. pelik bukan??

Heil Sabah...Heil Sarawak.

Wake Up and Speak..Our voices are our weapons.

Sekian.

2 comments:

  1. Sabah + Sarawak adalah milik Brunei asalnya.

    ReplyDelete
  2. Rakyat seluruh tanah Borneo harus bangun dan bangkit dari tidur lena yg panjang !!

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.