Jeffrey ‘salah memuji’?

Wednesday 30 April 2014

Baru Bian sebenarnya tidak faham maksud "pujian" Jeffrey Kitingan terhadap Taib Mahmud. Baru Bian juga tidak faham masalah besar yang dihadapi rakyat Sabah disebabkan oleh umno. 


KUCHING: Taib Mahmud tidak sepatutnya digelar sebagai pejuang hak Sarawak dan perbuatan terbabit merugikan dan tidak bertanggungjawab kepada rakyat Sarawak.

Adun Ba’kelalan, Baru Bian berkata kenyataan Jeffrey Kitingan yang memuji mantan Ketua Menteri, Taib yang memberi amaran supaya UMNO jangan masuk ke negeri ini merupakan ‘pujian yang berlebihan’.

“Ia sangat mengelirukan dan tidak membantu hanya untuk memuji Taib tanpa melihat seluruh gambaran Sarawak yang didominasi beliau,

“Adakah Taib dan PBB tidak memperoleh apa-apa daripada melarang UMNO? Kenapa Jeffrey tidak membicarakan ketidakadilan dan tekanan yang diterima oleh penduduk asal mengenai hak tanah mereka?

“Beliau juga tidak menyentuh dakwaan rasuah dalam kalangan pemimpin BN dan kekayaan mereka yang banyak,” katanya mengulas lanjut mengenai kenyataan Jeffrey.

Baru juga berkata Jeffrey meratapi kedudukan Sabah sebagai negeri termiskin di Malaysia tetapi beliau ‘gagal’ mengakui Sarawak hanya dibelakang mereka.

“Sabah sebenarnya negeri yang kaya tetapi rakyat Sarawak tidak kaya begitu jugalah rakyat Sabah.

“Seperti Sabah, Sarawak hanya menerima sebanyak 5% royalti daripada penghasilan minyak,

“Rakyat Sarawak juga berdepan masalah seperti Sabah – kekurangan kemudahan pendidikan dan peluang ekonomi, keperluan asas yang daif dan kekurangan pembangunan dan pembangunan,” tegas beliau.

Beliau juga menambah ramai rakyat Sarawak yang berdepan masalah dengan polisi pentadbiran Taib contohnya kehilangan tanah adat bumiputra (NCR) kerana projek empangan, pembalakan dan syarikat kelapa sawit.

Menurut Baru, kerajaan negeri mengeksploitasi kekayaan negeri hanya untuk mereka sendiri.

“Pada dasarnya, kita semua berjanji untuk mendukung syarat Perjanjian Malaysia tetapi kita mesti melihat apakah ada muslihat tersembunyi,

“Adakah mendukung Perjanjian terbabit untuk kebaikan rakyat atau menjaga dan melindungi kepentingan beberapa individu?

“Kita jangan menjadi ‘khayal’ dengan fakta yang dibuat oleh sesetengah individu yang bercakap mengenai Memorandum 18 dan 20, Perjanjian Malaysia tetapi pada masa yang sama melindungi kepentingan mereka sendiri sahaja.” tambah beliau.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.