Apa guna Musa Aman Ada Facebook Jika...

Friday 25 April 2014

Apa gunanya Ketua Menteri ada Facebook jika enggan menjawab aduan rakyat? Atau memang benar Musa Aman mengupah orang lain untuk mengemaskini Facebook beliau? Rupanya memang begini sikap Ketua Menteri Sabah.. Bukan setakat dalam Dewan, malah dalam Fecebook pun Musa enggan menjawab masalah-masalah yang dibangkitkan rakyat Sabah..


Aduan Rakyat:

Miya Miya
sangat gembira bila sandakan dah di majukan.tapi,kenapa rumah kos rendah tidak banyak dibina.jika kebanyakkan rumah pprt dibina.bermakna mereka membayar rumah tersebut sampai hayat mereka.macam mana nak miliki rumah sendiri?bagaikan hidup di negara lain dengan membayar sewa....

Marlboro Kasanova II
Assalamualaikum datuk, macam mana dengan rakyat sabah yang belum memiliki IC ( Daftar Lewat ) datuk boleh tolong kah? Sebab banyak ni, bukan setakat saya seorang saja. Tolong ya datuk, jangan setakat cakap " Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan". Tiada juga apa-apa. Jadi tolong lah, macam mau mengundi kalau ramai lagi rakyat sabah yang tiada IC, jangan yang sudah kaya bertambah kaya, yang miskin makin melarat. Datuk mesti ingat kalau bukan undi rakyat datuk tidak akan jadi menteri sampai sekang ni. Tolong ketengahkan isu ni, jangan buat tidak tahu saja. . . Sekian terima kasih. . .

Sampang Mangazow
Dato..sumbangan bantuan banjir dari ptronas tu terlalu sedikit dibandingkan dengan hasil minyak yg petronas kebas dari sabah....kalau la dato mintak 20% kan bagus

Hj Maljim Anjil
Kami dikota belud dah dilanda banjir sebelum Tenom .Ribuan ekar Sawah padi yang telah musnah olih banjir sedangkan pantai Kota Belud lah tapak telaga minyak Petronas. Selama puluhan tahun bila banjir melanda SEBUNGKUS MAGGI pun CSR Petronas tak pernah hulur.

Jafrin Empok
Terbaik,tahniah datuk,namun begitu utamakan pembaikan infrastruktur utama yg mjdi tulang belakang ekonomi rakyat iaitu jalan raya,contohnya jln raya yg rosak teruk dan berlubang-lubang dan boleh meragut nyawa rakyat hendaklah segera dibaiki dengan kualiti jalan raya bertaraf dunia.contohnya banyak jalan-jalan raya yg rosak teruk dan berlubang-lubang dr simpang beluran ke sandakan,selain tu kenapakah jalan raya di batu sapi,karamunting dan pelabuhan sandakan dibiarkan rosak tanpa pembaikan dan penyelengaraan yg menyeluruh,kenapakah ini terjadi?sedangkan keadaan jalan-jalan raya ini bernilai ekonomi tinggi kepada negeri kita?selain itu banyak membantu ekonomi rakyat tempatan.kenapa setiap projek pembaikan dan penyelengaraan di sesuatu kawasan yg dijalankan dan dilakukan terlalu lewat dan lambat siap tanpa sebab munasabah kepada rakyat.banyak menurunkan produktiviti kepada masa,tenaga dan ekonomi rakyat dan negeri sabah,amnya.kenapa kita tidak buat r&d dalam teknologi jalan raya yg cepat siap dan tahan lama dan dalam masa yg sama kos berpatutan ,contohnya belajar buat jalanraya dr negara jepun,pecahkan monopoli syarikat yg dilantik bagi menggalakkan syarikat yg diberi konsesi pembinaan jln raya di negeri ini bersaing utk memastikan jln raya yg dibina berkualiti tinggi dan selamat pd kos yg berpatutan agar tidak berlaku pembaziran wang rakyat.banyak jalan-jalan raya di sdk rosak dan membahayakan keselamatan penguna-pengguna jalan raya.terima kasih datuk

Mohd Ibadat Roy
Masyarakat petani Di Rampayan Ulu yg tdk terlibat dengan jelapang padi kini mengalami kemarau panjang,dan lebih 10tahun tidak dapat mengusahakan penanaman padi kerana enjin bantuan JPS tidak dapat dihantar ke lokasinya kerana jalanraya yg sudah jadi hutan muda..saya sdh minta di kementerian kewangan peruntukan untuk jalan berkenaan,namun tdk diluluskan dan kini di jabatan ketua menteri JKM.MOHON YAB.DATUK SERI PERTIMBANGKAN...

Razali Ujoh
Datuk, satu jumlah yg banyak RM97.44 juta? persoalannya mengapa kelulusan permohonan2 pembangunan infrastruktur awam yg dipohon oleh JKKK terlalu lama utk diluluskan pihak kerajaan sedangkan yang dipohon mereka itu juga untuk infrastruktur awam, permohonan dibuat tahun 2013 lagi 365 hari satu kelulusan pun blm ada jawapan? dimana silapnya...? jika wawasan 2020 menjadi KPI kpd kerajaan negeri sabah utk menjadi negeri maju, mampu kah Datuk melakukannya yg hanya tinggal 7 tahun lagi....sedangkan jika dilihat pembangunan infrastruktur awam di kampung2 masih banyak yang perlu didirikan dan dibuat oleh pihak kerajaan...pihak kerajaan perlu membuat sesuatu agar BN tidak hilang pengundi tegar mereka di kawasan kampung2 pd PRU14 kelak...rakyat cukup memberi peluang kpd BN tetapi jika YB2 mereka tdk mhu membuat sbrg perubahan dgn cara mereka bekerja, rakyat akan mengubah mereka di peti undi kelak?

Banyak aduan dibuat, tapi tidak ada satupun yang dijawab oleh ketua menteri.. masih mahu percaya FB tersebut dikendalikan oleh KM sendiri?? jika KM rajin turun padang dan rajin dengar masalah rakyat, Insight Sabah dan Cybertrooper Planatery Corporation S/B tidak akan ditubuhkan di Likas Square.. (insight sabah dan planatery corp. sudah ditutup selepas umno/BN menang PRU13).. Maka dengan ini terbuktilah bahawa Musa Aman dan menteri-menteri Sabah yang lain tidak pernah mahu mendengar masalah rakyat, malas turun padang dan malas jawab aduan.. mereka hanya tahu berucap, merasmikan majlis, mempengerusikan mesyuarat dan berjumpa kroni..

Anda boleh lihat sendiri FB Musa Aman DISINI

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.