Dua Bangkai Penyu Karah Ditemui Di Tanjung Purun, Labuan

Wednesday 23 April 2014

"Kepentingan melindungi dan mengurus sumber penyu adalah tanggungjawab bersama kerana haiwan purba itu merupakan salah satu produk pelancongan di sini.


LABUAN: Jabatan Perikanan Wilayah Persekutuan Labuan memandang serius penemuan dua bangkai penyu Karah yang terdampar di kawasan pesisir Pantai Tanjung Purun dekat sini pagi semalam.

Ketua Pangkalan Unit Marin Jabatan Perikanan Labuan Jamari Abu Bakar berkata meskipun kes kematian penyu di pulau bebas cukai itu tidak tinggi namun tugas melindungi haiwan purba khazanah negara itu tidak harus dipandang mudah.

"Kepentingan melindungi dan mengurus sumber penyu adalah tanggungjawab bersama kerana haiwan purba itu merupakan salah satu produk pelancongan di sini. Lagipun Labuan memiliki pusat penetasan penyu jenis Karah dan Agar di kawasan Taman Laut Pulau Rusukan Besar," katanya kepada Bernama.

Jamari berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penemuan dua ekor penyu yang masing-masing sepanjang 3.5 meter dan 1.5 meter dan berkeadaan reput. Usia penyu berkenaan dianggarkan lebih 20 tahun.

Penyu berkenaan ditemui seorang pekerja Jabatan Muzium Marin Labuan, Suriani Abd Ghani, yang kemudian menghubungi pihak Jabatan Perikanan.

Menurut Jamari penemuan terakhir bangkai penyu adalah pada tahun 2010 di pesisir pantai berhadapan Hotel Tiara Labuan dan penemuan terbaru ini merupakan kes keempat di pulau itu.

"Jantina kedua-dua penyu itu tidak dapat diketahui berikutan keadaan fizikalnya yang telah reput...punca kematian kedua-dua ekor penyu berkenaan sedang disiasat namun tidak menolak kemungkinan berlaku perbuatan khianat manusia atau akibat tersangkut pada jaring nelayan.

"Terdapat tali yang terikat di bahagian leher dan kaki bangkai penyu tersebut dan kemungkinan besar penyu itu tersangkut pada jaring pukat nelayan kerana terdapat tinggalan tali pukat pada kaki bangkai penyu tersebut," katanya.

Jamari berkata penyu merupakan haiwan dilindungi.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.