Kotak hitam ditemui sebelum ini, pecah, terbakar dan musnah, tetapi apa juga kisah di sebalik nahas, ia boleh ditemui.
KUALA LUMPUR: Apa yang akan berlaku sekiranya kotak hitam MH370 ditemui?
Tidak semua negara mempunyai kepakaran teknikal untuk membuka kotak hitam dan menggali rahsia di dalamnya.
Dan sekiranya ia ditemui, perakam data mungkin dibawa ke Canberra, yang menempatkan pakar untuk memproses kotak hitam tersebut.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia di Canberra ini mungkin menjadi saksi apabila rahsia kotak hitam dibuka.
Ia menempatkan makmal audio yang direka khas beserta bilik imbasan.
Pasukan forensik ini mempunyai kepakaran teknikal untuk meneliti bukan sahaja kotak hitam pesawat, tetapi juga keretapi dan kapal.
Kotak hitam ditemui sebelum ini, pecah, terbakar dan musnah, tetapi apa juga kisah di sebalik nahas, ia boleh ditemui.
"Kebanyakan kerja yang kami pernah lakukan melibatkan kotak hitam yang tidak rosak dan ia memudahkan urusan untuk memuat turun data."
"Walaupun berlakunya kerosakan pada kotak hitam tersebut, maklumat di dalamnya masih boleh diperolehi."
Kotak hitam merakam sehingga ribuan data. Selepas dianalisis, data tersebut menjelaskan tragedi yang berlaku, diterjemah dalam bentuk animasi.
Sebagai contoh, insiden pada 2010 membabitkan pesawat pelatih, yang mengorbankan 2 orang, selepas berlakunya kegagalan enjin.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.