Hudud bukan sahaja dilaksanakan di Kelantan, malah secara perlahan-lahan, ia akan dikuatkuasakan di semua negeri berdasarkan impak Perlembagaan Persekutuan yang sudah dipinda…
TENOM: Ketua Bahagian Liberal Democratic Party (LDP) Melalap Kapitan Ng Tet Hau (gambar), sependapat dengan kenyataan Presidennya Datuk Teo Chee Kang bahawa jika hukum hudud diteruskan mungkin akan memusnahkan dasar yang telah dibina oleh nenek moyang negara ini.
Beliau berkata, tidak ada sebabnya rakyat perlu menerima satu lagi undang undang yang dianggap lebih keras seperti undang undang jenayah Hudud untuk kes kes jenayah. Walaupun ianya hanya dilaksanakan di Kelantan namun kerisauan rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak sudah mula terasa.
“Kita menggesa kerajaan Persekutuan agar tidak melayani Undang Undang Hudud itu dibentangkan di Parlimen kerana jika ia diluluskan akan bertentangan dengan dasar negara berbilang kaum dan agama,” kata beliau ketika memberitahu pemberita pada Khamis.
Beliau yang juga Penolong Bendahari Agung LDP berkata demikian sebagai mengulas usaha kerajaan PAS Kelantan untuk membentangkan Rang Undang Undang Hudud di Parlimen pada Jun akan datang ini.
“Saya percaya dan yakin bahawa alasan Presidennya Datuk Teo untuk menentang pembentangan Rang Undang Undang Hudud itu agak tepat sekali yang mengambilkira dalam konteks 1Malaysia, kerana ia harus mengutamakan hak keadilan semua kaum dinegara ini.
“Mungkin juga Hudud itu bukan sahaja dilaksanakan di Kelantan tetapi secara perlahan ia akan melebarkannya ke semua negeri berdasarkan impak Perlembagaan Persekutuan yang sudah dipinda…dan antara perkara inilah menjadi kebimbangan rakyat disini terutamanya masyarakat Cina,” tegasnya.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.