Tidak cukup merompak, rakyat pula dipijak sampai lunyai

Sunday, 6 April 2014


Apa sahaja bentuk penindasan yang dilakukan oleh kerajaan umno/BN, tidak mudah dilupakan oleh rakyat Sabah.. Walaupun isu gaji minimum ini seakan sudah senyap, namun tidak di media sosial seperti facebook.. baca rungutan rakyat Sabah seperti di bawah mengenai gaji minimum;


Selepas kekayaan Sabah disedut oleh umno/BN, inikah balasan yang layak diterima oleh rakyat Sabah? Status negeri termiskin dan termundur sudah cukup membuatkan rakyat Sabah menderita.. Dengan keadaan kemudahan infrastruktur yang sangat daif ditambah dengan persaingan ekonomi dikalangan warga asing dan pemilik projek IC, kini ditambah pula dengan sikap double standard kerajaan persekutuan dalam menentukan paras gaji minima... Terlalu banyak faktor yang membuatkan rakyat Sabah semakin benci dan memusuhi kerajaan umno/BN..

Bila rakyat Sabah minta dasar kabotaj dimansuhkan, banyak pula alasan pemimpin-pemimpin kerajaan untuk menghalalkan tindakan itu.. Sedarkah menteri-menteri Persekutuan bahawa kesulitan hidup di Sabah adalah disebabkan oleh umno/BN.. Kos sara hidup di Sabah lebih tinggi, tapi yang lucunya gaji minimum di Sabah adalah yang paling minimum.. Seolah-olah kerajaan Persekutuan menafikan kesulitan hidup di Sabah.. Tapi bila ada guru dari Semenanjung dihantar ke Sabah, boleh pula elaun mereka lebih tinggi dari elaun guru Sabah yang dihantar ke Semenanjung.. Kenapa perlu ada sikap double standard??

Pernahkah menteri-menteri Persekutuan menjalani kehidupan di Sabah? Adakah harga beras di Sabah hanya bernilai 50sen?.. Jika rakyat Sabah diberikan gaji dan elaun yang paling minimum, sepatutnya harga barangan dan perkhidmatan di Sabah juga adalah yang paling minimum, bukannya yang paling tinggi di Malaysia.. Apa jenis undang-undang yang umno/BN pakai?? Tidak cukup merompak, rakyat pula di pijak sampai lunyai.. Adakah kemiskinan dan tekanan hidup di Sabah juga sebahagian dari konspirasi umno/BN supaya mereka mempunyai alasan untuk merompak dana awam melalui jenama BR1M?

Berbilion-bilion diumumkan menteri-menteri BN untuk Sabah tapi tidak ada perubahan dulu, kini dan selamanya.. jalanraya , elektrik dan air masih menjadi rungutan rakyat.. soal keselamatan jangan cakap la.. RM300 juta dibelanjakan hanya untuk zon keselamatan (ESSCOM), tapi pulau-pulau kecil di Semporna sudah dua kali dibolosi pengganas.. terfikir juga, berapa agaknya nilai kelengkapan pengganas hinggakan kemahiran, kawalan ketat dan kecanggihan aset pertahanan negara mudah dibolosi..

Berdasarkan pilihanraya umum yang lalu, ditambah pula dengan reputasi buruk kerajaan umno/BN tahun ini, jangan haraplah BN ada peluang memerintah Sabah selepas PRU14.. Jika bukan kerana undi warga asing yang diberikan IC oleh umno/BN, sudah lama parti penyamun ini lingkup di Sabah..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.