Tiba masanya mitos Malaysia disangkal

Wednesday, 9 April 2014

Mitos Malaysia, Barisan Nasional,

Penyiasatan ke atas kehilangan MH370 telah memaparkan ketiadaan kewibawaan negara. Pendedahan terbaru adalah kata-kata akhir yang dilakukan antara kokpit dan menara kawalan, adalah berbeza daripada versi yang dilaporkan tiga minggu lalu. Apa lagi yang salah?

Kenyataan yang bercanggah adalah tidak baik. Kesalahan dalam menguruskan adalah dahsyat, tetapi lebih mengejutkan adalah rakyat Malaysia yang masih berada dalam penafian, dan berkeras bahawa kita melakukan kerja yang menakjubkan.

Berapa lama bagi mereka menyedari betapa buruknya situasi semasa di Malaysia? Apa yang mereka akan lakukan apabila gelembung ini pecah? Adakah mereka hanya akan sedar apabila mereka atau orang yang mereka sayangi, terperangkap dalam situasi yang sama, atau adakah mereka akan hanya berkata, "Ia adalah kehendak Tuhan"?

Mungkin sudah tiba masanya bagi kita menyangkal beberapa mitos Malaysia.

1. Mitos pertama: Anda akan selamat jika anda tidak mengkritik kerajaan.

Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan liwat bulan lalu, tetapi rakyatlah yang sedang di’toron’ oleh UMNO-Baru. Jika ia boleh berlaku kepada seseorang seperti beliau, maka ia dengan mudah boleh berlaku kepada anda.

Jika anda menghalang laluan orang yang berkuasa, anda akan diketepikan. Anda boleh menjadi saingan seseorang dalam perniagaan, tender kerajaan, permohonan kerja, dalam politik, perjanjian tanah atau untuk kasih sayang orang lain. Polis dan badan kehakiman tidak akan membantu anda.

2. Mitos kedua: Malaysia adalah sebuah negara demokrasi

Tidak! Demokrasi di Malaysia telah meninggal dunia pada Mei 1969.

Menjalani pilihan raya setiap lima tahun tidak bermakna kita hidup dalam demokrasi.

Rakyat negara lain bertindak balas terhadap kerajaan yang menipu semasa pilihan raya, tetapi rakyat Malaysia telah dijinakkan. Tiada bezanya kita dengan Korea Utara yang diperintah oleh anak-beranak Kim.

3. Mitos ketiga: Orang Melayu adalah istimewa dan akan menolak perubahan.

Anda marah tentang DEB. Begitu juga orang Melayu biasa. Mereka tidak mampu membeli saham, atau rumah mahal, walaupun selepas diskaun. DEB memberi manfaat kepada golongan elit UMNO-Baru, dan bukan orang Melayu kebanyakan.

Kebanyakan orang Melayu mahukan perubahan. Ramai penunjuk perasaan Bersih adalah orang Melayu. Golongan profesional Melayu turut berhijrah dan bekerja di negara lain. Ramai pelajar Melayu di luar negara enggan pulang selepas tamat pelajaran.

Orang Melayu yang mengkritik UMNO-Baru ditutup pintu peluang mereka: Tiada kenaikan pangkat. Tiada kontrak. Tiada pekerjaan. Tiada biasiswa.

Orang Melayu tidak istimewa, hanya golongan UMNO-Baruputra yang istimewa. Ramai orang Melayu biasa inginkan perubahan.

4. Mitos keempat: Kaum bukan Melayu adalah warganegara kelas kedua

Salah! Kaum bukan Melayu adalah warganegara kelas keempat.

Warga kelas pertama adalah kerabat diraja atau golongan UMNO-Baruputras.

Warga kelas kedua adalah orang Melayu kebanyakan.

Warganegara kelas ketiga adalah golongan Melayu-pseudo. Mereka adalah bekas pendatang haram, Indonesia atau Filipina Islam, yang menjual hak mengundi mereka bagi mendapatkan kewarganegaraan.

Warga kelas keempat adalah orang bukan Melayu.

Warga kelas kelima adalah Orang Asli.

Warga kelas keenam adalah wanita Melayu. orang Melayu adalah tertakluk kepada dua undang-undang – sivil dan syariah, tetapi wanita Melayu dibebani dengan diskriminasi lelaki. Ramai wanita Melayu mendakwa bahawa undang-undang syariah yang tidak dikuatkuasakan dengan baik telah gagal dalam melindungi hak-hak mereka, walaupun selepas mahkamah memberikan keputusan.

5. Mitos Lima: Komunis adalah musuh.

Musuh kita datang dari dalam, dan mereka dikenali sebagai UMNO-Baru.

Isu bangsa, agama, raja-raja dan penduduk luar bandar, memastikan UMNO-Baru kekalberkuasa. Sesiapa yang mencaci orang Melayu, raja dan Islam, berisiko didakwa menghasut.

Lawannya adalah; Cina, Kristian, Komunis dan menjadi kontroversi.

Golongan pelampau Melayu mengatakan: Jika anda orang Cina, anda musuh. Jika anda Kristian, anda suatu ancaman. Jika anda orang Cina dan seorang Kristian, anda seorang ancaman yang sangat besar. Jika anda orang Cina, oleh itu anda mesti merupakan seorang komunis, jadi anda mesti seorang pengkhianat.

Terdapat satu pengecualian. Jika anda Melayu, tetapi anda dianggap penuh kontroversi oleh UMNO-Baru, maka anda secara automatik dilabel komunis oleh Ketua Polis Negara. Beliau kemudian akan menyenaraikan anda dalam Kelab Hasutan Malaysia.

Lima mitos UMNO-Baru ini perlu dibuktikan palsu. Ia telah digunakan untuk mengawal dan menundukkan rakyat.

Kebenarannya telah disembunyikan sekian lama, oleh kerajaan korup yang terdesak untuk berkuasa. Apa yang rakyat Malaysia perlukan adalah perubahan kerajaan untuk menghapuskan rasuah dan kronisme yang telah berleluasa dalam masyarakat kita.

UMNO-Baru perlu diganti kerana mereka telah merampas maruah rakyat Malaysia: -

Orang Melayu telah menjadi pengampu. Kaum India telah menjadi peminta sedekah. Orang Cina dipersalahkan bagi setiap masalah di negara ini.

Kita mesti belajar untuk bersuara dan tidak takut mempersoalkan pihak berkuasa. Lima lagi mitos akan disenaraikan minggu depan. 

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.