Meragui Keabsahan Kerajaan Barisan Nasional

Wednesday, 9 April 2014

Maka episod MH370 dan ancaman kumpulan Abu Sayyaf menggugat industri pelancongan tanahair. Kegagalan menanganinya bakal menimbulkan tanda tanya tentang keabsahan kerajaan yang ada.


Malaysia, rakyat dan kerajaannya, mesti mencari penyelesaian bagi isu kehilangan MH370 dan pencerobohan militan di perairan Sabah dengan secara berkesan atau mungkin kehilangan reputasi selaku destinasi pelancongan terkenal di Asia.

Industri pelancongan menyumbang RM65 bilion atau 12.5% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2013. Ia diramal mencapai RM168 bilion menjelang 2020 di bawah Pelan Transformasi Pelancongan Kerajaan. Negara menerima 25 juta pelancong setahun.

Beberapa hotel akan dibina di Kuala Lumpur seperti The St. Regis pada 2014, The Regent pada 2015, Four Seasons Place dan W Hotel pada 2016, dan Harrods Hotel yang bertaraf tujuh bintang pada 2018. Pelbagai taman tema akan bertapak di negara ini. Legoland merupakan taman tema antarabangsa pertama dan 20th Century Fox pula dijangka dibuka pada 2016.

Pelaburan ini adalah petanda keyakinan terhadap industri pelancongan tempatan. Keyakinan pelabur perlu dikekalkan supaya ia diterjemahkan kepada peningkatan produk pelancongan bertaraf dunia di negara ini.

Kehilangan pesawat MH370 dan pencarian yang tidak membuahkan hasil tentu memberi kesan buruk kepada Malaysia. Program rasmi Tahun Melawat Malaysia 2015 bakal terjejas dan impaknya kepada jumlah pelancong yang disasarkan tidak dapat dinafikan.

Sebelum insiden, Tourism Malaysia meletakan sasaran agresif bagi menarik pelancong daripada China ke negara ini. Setiap tahun, lebih dari 400 juta warga China melancong keluar negara. Dari jumlah itu, hanya 1.5 juta yang menjejakkan kaki ke sini tahun lalu. Kita bernasib baik jika dapat mengekalkan 80% dari kehadiran warga China selepas agensi pelancongan enggan menjual pakej melawat Malaysia.

Publisiti negatif berhubung insiden itu dan tindakbalas yang kurang baik kerajaan di dalam menangani krisis telah mengubah persepso pelancong China. Malaysia tidak lagi dilihat selamat dan tuan rumah yang mesra. Segala berkenaan Malaysia dikritik, termasuk artis kelahiran negara ini. Memanglah kritikan ini berasaskan emosi dan bukannya fakta.

Realitinya, persepsi buruk tidak hanya terhad kepada China tetapi ia mungkin mendatangkan kesan global. Kesan secara langsung terhadap pelancong yang tiba hanya dapat diukur pada suku kedua 2014.

Kerajaan Malaysia perlu memastikan MH370 menemui pengakhiran yang terbaik yang bersifat professional. Segala usaha perlu diambil bagi mendapatkan lokasi pesawat atau bangkainya. Kegagalan bermakna misi pencarian dianggap gagal dan kesannya terhadap sektor pelancongan mungkin amat ketara.

Pengumuman pelantikan penyiasat professional menerajui misi pencarian amat dialu-alukan. Ini hanya langkah pertama. Operasi MAS perlu dinilai semula dan kerajaan perlu menjawab mengapa syarikat itu masih mencatat kerugian selepas berjaya pada tahun 2006.

Siasatan menyeluruh perlu dilaksanakan bagi mengetahu situasi kewangannya, samada ia berkompromi dengan piawaian keselamatan. Pelan menyerap kerugian mestilah professional dan konsisten dengan semangat mengamalkan akautabiliti dan ketelusan.

Sejak 1998, kita membazir masa membunuh karakter pemimpin politik. Bagi kerajaan yang tidur, MH370 adalah tamparan baginya. Kerajaan perlu menangani isu ini secara serius.

Episod penculikan pelancong China dan pekerja resort di Semporna oleh kumpulan Abu Sayyaf merupakan contoh kelekaan dan kelemahan kerajaan bertindakbalas terhadap ancaman.

Kesannya terhadap pelancong Sabah bakal dirasai. Sabah meyumbang 10% atau Rm6 bilion kepada pendapatan 2013. Kota Kinabalu merupakan lapangan terbang kedua paling sesak di Malaysia selepas KLIA.

Ia mempunyai potensi menjadi tarikan pelancong paling popular di Malaysia kerana persekitaran semulajadi serta resort di tepi pantai. Namun ancaman pihak militan menjadikan tarikannya berkurangan.

Selepas pencerobohan Lahad Datu pada 2013, kerajaan menubuhkan Esscom bagi memastikan insiden sedemikian tidak berulang.

Namun, setelah diperuntukkan RM75 juta pada 2014, Newmond Tibin, ketua komunikasi korporat berkata peranan Esscom hanya sebagai penyelaras di antara agensi. Tanggungjawab mengawasi 10 daerah diserahkan kepada pasukan polis di Sabah, yang diterajui ketua polis Hamza Taib.

Jawapannya menimbulkan tanda tanya tentang peranan Esscom. Mengapa kita belanja RM75 juta bagi penyelaras dan bukannya penguatkuasa? Di mana pasukan tentera kita? Mengapa Esscom di bawah arahan polis tempatan yang mungkin tiada pengalaman berdepan militan dari selatan Filipina?

Jika solusi tidak diperolehi, insiden ini akan menyaksikan lebih ramai pelancong ditawan Ia bajal menimbulkan kebimbangan tentang kebanjiran imigran tanpa izin di Sabah. Resort menggaji mereka namun sebenarnya mereka mengancam keselamatan resort ini. Pihak berkuasa mengesyaki mereka terlibat di dalam penculikan baru-baru ini.

Maka episod MH370 dan ancaman kumpulan Abu Sayyaf menggugat industri pelancongan tanahair. Kegagalan menanganinya bakal menimbulkan tanda tanya tentang keabsahan kerajaan yang ada.

Khoo Kay Peng merupakan penganalisa politik dan perunding pengurusan. Beliau percaya negara akan maju dengan kehendak kolektif rakyatnya.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.