KENINGAU: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pensiangan Affendy Angindih (gambar), menggesa kerajaan khususnya Jabatan Hidupan Liar dan Mergastua Sabah agar menjalankan siasatan rapi ke atas beberapa kakitangan Penguatkuasa jabatan itu yang didakwa bertindak kasar mengacu senjatapi kepada orang awam dipasar tamu Nabawan pada Sabtu.
Kejadian itu berlaku kira kira jam 7.20 pagi ketika beberapa penduduk kampong menjalankan perniagaan menjaja sayur-sayuran dan juga binatang buruan namun keadaan menjadi gempar seketika apabila sekumpulan penguatkuasa jabatan itu muncul dan menyerbu mereka dengan mengacukan senjatapi sambil berkata,”jangan bergerak, jangan bergerak”, kata beliau.
Ramai yang melihat senario pagi itu suatu kegemparan yang disifatkan paling terburuk sekali pernah berlaku setakat ini, malah ia amat memeranjatkan banyak pihak menyebabkan ramai yang lari bertempiaran kerana ketakutan, tegas Affendy.
“Disebabkan tindakan yang tidak beretika itu, mengakibatkan dua orang wanita penjaja sayur jatuh pengsan di mana seorang daripadanya wanita berumur 28 tahun dapat dipulihkan keadaannya selepas pengsan manakala yang seorang lagi pelajar tingkatan 6 terpaksa dimasukkan ke hospital kerana terkejut.
“Saya tidak akan berdiam diri dan akan mengadukan perkara ini ke pihak atasan termasuklah mendapatkan khidmat peguam untuk menghadapkan pihak yang bertanggung jawab ke muka pengadilan…mereka (penduduk) bukan binatang atau pelarian diperlakukan sedemikian rupa,” tegas Affendy dengan nada yang agak marah.
Ekoran kejadian itu satu laporan polis telah dibuat oleh Sianam @ Paul bin Angka 48, beralamat di Kg Dua Ria Nabawan, meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan keatas penguatkuasa jabatan itu mengikut Undang Undang yang ada.
Sehubungan itu, Balai Polis Nabawan ketika dihubungi pada Ahad turut mengesahkan ada menerima laporan yang dibuat oleh pengadu Sianam@Paul b. Angka.
FMT Borneo Plus

0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.