Kes Culik Di Sabah Adalah Hasil Kerja UMNO/BN

Friday, 4 April 2014

Suspek penceroboh berpakaian berlogokan BN dan wajah menteri
 
KOTA KINABALU: Polis Sabah percaya kumpulan yang menculik dua wanita termasuk seorang pelancong China di Resort Singgamata, Semporna, malam kelmarin, mahu menuntut wang tebusan. Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Hamza Taib, berkata pihaknya turut percaya penculikan itu dilakukan secara rambang dan didalangi ‘orang dalam’. - Borneo Insider

Ulasan:

Kes culik dan bunuh sebelum ini yang melibatkan warga Taiwan juga dikatakan didalangi oleh orang dalam.. Begitu juga dengan kes pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.. Bermakna sehingga ke hari ini pasukan keselamatan dan juga kerajaan telah gagal menumpaskan kegiatan "orang dalam" yang banyak membantu jenayah rentas sempadan di negeri ini.

Pada pandangan penulis, hanya warga asing sahaja yang akan melakukan kerja-kerja sebegini kerana mereka memang tidak mempunyai semangat patriotik atau cintakan tanah air. Mereka mudah didorong untuk melakukan pembelotan dan mencemarkan imej negara kerana sudah menjadi tujuan mereka untuk memasuki negara ini bagi mendapatkan wang ringgit.

Pandangan penulis adalah berdasarkan jumlah warga asing di negeri ini samada yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah mahupun warga asing yang telah diberikan kerakyatan melalui pintu belakang oleh kerajaan UMNO/BN. Pada hari ini, isu warga asing di Sabah bukan lagi rasiah.. Maklumat ada dihujung jari anda.. hanya perlu "tanya" Mr. Google untuk mendapatkan fakta-fakta mengenai warga asing dan projek IC di Sabah.

Selagi UMNO/BN memerintah selagi itu jenayah rentas sempadan akan berlaku.. Warga asing ini terlalu berharga bagi kerajaan UMNO/BN kerana merekalah penyumbang utama kemenangan UMNO/BN di Sabah. Jesteru, selain kita memerangi "orang dalam" yang kerap membantu pengganas melakukan jenayah di negeri ini, kita juga perlu memerangi UMNO/BN yang terbukti menjadi dalang terbesar terhadap kesengsaraan, ketakutan, kesulitan dan kemusnahan negeri dibawah bayu ini..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.