Kenapa bukan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri sahaja yang turun melihat keadaan di Semporna?
Seorang aktivis masyarakat dan hak asasi manusia mencadangkan agar Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anggota Parlimen lain 'turun padang' sebaik persidangan Dewan Rakyat kali ini berakhir bagi melihat sendiri keunikan masalah dan keadaan keselamatan di pulau-pulau peranginan di Semporna.
"Sebagai pemimpin berjiwa rakyat, anggota Parlimen termasuk pengerusi DAP Sabah dan anggota Parlimen Sandakan perlu tunjukkan kejujuran, ketulusan hati dengan segera turun padang ke Semporna dan bukan setakat pandai mengkritik atau mempolitikkan isu keselamatan...rakyat Sabah menanti kehadiran mereka ke pulau-pulau di Semporna," - Datuk Patrick Sindu
Apa Lim Kit Siang dan wakil rakyat pembangkang boleh buat di Semporna?? Bolehkah mereka memberikan arahan kepada pasukan keselamatan di ESSCOM?? Bolehkah mereka sediakan peruntukkan ratusan juta ringgit untuk menjaga perairan Sabah?? Bolehkah mereka membuat keputusan atau meluluskan apa sahaja cadangan yang difikirkan terbaik untuk keselamatan rakyat Sabah dan pelancong asing? Bolehkah mereka mengarahkan badan atau jentera kerajaan untuk merobohkan dan menyediakan penempatan baru untuk penduduk perkampungan atas air di Semporna? Bolehkah mereka membersihkan Semporna dari kebanjiran warga asing samada PATI atau PADI?
Kenapa Patrick Sindu tidak minta Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri turun melihat sendiri keadaan di Semporna? Isu keselamatan memang tanggungjawab bersama.. sebab itu wakil rakyat pembangkang bising bila jenayah rentas sempadan masih berlaku setelah kerajaan menghabiskan ratusan juta ringgit untuk menubuhkan ESSCOM.. Pembangkang bukan sahaja memberikan kritikan, malah memberikan cadangan.. kenapa kerajaan liat mahu melaksanakan cadangan pembangkang?? Sudah berkali-kali disuarakan supaya kerajaan membersihkan perkampungan atas air yang turut dihuni oleh warga asing.. Malah pembangkang juga tidak henti-henti mendesak kerajaan supaya menyelesaikan isu kebanjiran warga asing dan projek IC di Sabah.. apa tindakan kerajaan?? sekadar membutakan mata dan memekakkan telinga??
sebagai seorang aktivis, apa pandangan Patrick Sindu mengenai pembelotan anggota polis warga asing yang diberikan IC oleh umno/BN dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu? dan apa pandangan Patrick Sindu mengenai laporan bahawa penceroboh dan penculik ini fasih bertutur dalam bahasa Malaysia? adakah semua ini disebabkan oleh sikap pembangkang yang suka mengkritik dan mempolitikkan isu keselamatan?? atau disebabkan oleh kerajaan umno/BN yang suka menternak PATI dan memberikan kerakyatan secara percuma kepada warga asing untuk mengundi umno/BN?
Sekiranya wakil rakyat pembangkang salah kerana mengkritik dan mempolitik isu keselamatan di Semporna, dan Patrick Sindu berkeras mahu wakil rakyat pembangkang turun padang melihat sendiri keadaan Semporna, lebih baik suruh menteri-menteri umno/BN lepaskan jawatan dan serahkan tampuk pemerintahan negara kepada pembangkang.. Biar pembangkang saja yang buat kerja.. barulah Patrick Sindu tahu sejauhmana kejujuran dan ketelusan hati pemimpin-pemimpin pembangkang dalam menyelesaikan isu keselamatan di Sabah..
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.