Selepas para wakil rakyat Barisan Nasional, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz pula menyelar tahap keselamatan di Sabah sebagai berada dalam keadaan tidak memuaskan susulan insiden penculikan pelancong wanita warga China dan seorang pekerja Filipina di sebuah resort di Pulau Singamata, Semporna, Khamis lalu.
Beliau berkata kerajaan sepatutnya lebih mempertingkatkan kawalan keselamatan di Sabah memandangkan ia bukan kali pertama kes penculikan melibatkan pelancong berlaku di negeri itu.
"Apa sekalipun keselamatan di pantai timur (Sabah) adalah penting sekiranya kita nak membawa pelancong masuk, maka ia mesti berada di tahap terbaik.
"Bagi saya amat tidak memuaskan kerana bukan sekali terjadi, tapi dua kali. Saya tidak akan kata puas dengan tahap keselamatan," katanya pada pemberita selepas melancarkan program pembukaan perpustakaan digital antarabangsa di Royale Chulan, Kuala Lumpur hari ini.
Insiden penculikan yang berlaku Khamis malam disahkan Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek, yang berkata ia tiada kaitan dengan kumpulan pengganas. Dua wanita itu dipercayai dilarikan dari Singamata Reef Resort selepas enam lelaki bersenjata menyerbu resort peranginan berkenaan.
Kejadian tersebut telah mengeruhkan hubungan Malaysia dengan China yang sudah sukar selepas tragedi MH370, sehingga menyebabkan pelancong negara itu enggan datang ke Malaysia.
Gao Huayun, 29, dari Shanghai, yang sedang bercuti dengan kira-kira 60 pelancong dari negara berkenaan, dipercayai diculik dari bilik penginapan mereka sebelum dipaksa menaiki sebuah bot. Bagaimanapun, adalah tidak jelas bagaimana pekerja hotel Filipina, Marcy Dayawan, 40, dilarikan.
Menurut Nazri, tahap keselamatan di negeri itu perlu dipertingkatkan bukan sahaja kepada pelancong tetapi juga kepada penduduk tempatan.
"Soal keselamatan bukan sahaja untuk pelancong tapi untuk rakyat juga, anda kena pertingkatkan dalam perkara tersebut. Namun saya sebagai menteri pelancongan, peranan saya menggalakkan pelancong untuk datang, bab keselamatan, itu menteri lain," katanya.
Ekoran daripada insiden itu, ahli parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mendesak kerajaan membubarkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom). Menurut mereka, siri penculikan di negeri itu masih berlaku walapun kerajaan membelanjakan lebih RM100 juta menubuhkan Esscom.
Penubuhan Esscom diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac tahun lepas dan bertujuan menjaga kedaulatan dan keselamatan di kawasan pesisir pantai timur Sabah. Ia susulan insiden pencerobohan kumpulan pengganas dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Suspek penculikan dua wanita termasuk seorang pelancong China dari sebuah resort di Pulau Singgahmata, Semporna dipercayai mempunyai kaitan penglibatan dengan kes penculikan di Pulau Pom-Pom pada Disember tahun lepas dan Pulau Sipadan.
Borneo Insider

0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.