PUTRAJAYA: Saman fitnah RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan Anifah bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menghidupkan semula saman sivil Anwar terhadapnya.
Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, dalam keputusan sebulat suara, memerintahkan kes itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.
Beliau juga memerintahkan Anifah membayar RM10,000 sebagai kos perundangan kepada Anwar.
Perbicaraan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid, dijadual selama tujuh hari bermula 8 April.
Pada 27 Mei, 2009, Anwar menyaman Anifah atas kapasitinya secara peribadi dan rasmi dan Kerajaan, mendakwa beliau telah difitnah dalam sidang media Anifah bersama-sama Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu Hillary Clinton.
Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa bahawa dakwaan Anifah adalah tidak berasas dan amat cuai dan telah dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing.
Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi teruk dan teladan, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Pada 6 Jan, 2011, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara membatalkan saman itu selepas membenarkan permohonan Anifah dan kerajaan untuk menggugurkan saman itu,
Mahkamah Rayuan pada 25 Jan, 2013, membenarkan rayuan Anwar untuk menghidupkan semula saman terhadap Anifah atas kapasiti peribadi.
Mahkamah (Mahkamah Rayuan), bagaimanapun menolak rayuan Anwar untuk menghidupkan semula samannya terhadap Anifah atas kapasiti rasmi sebagai Menteri Luar dan juga terhadap Kerajaan Malaysia.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Anifah manakala Anwar diwakili peguam R. Sivarasa.
BERNAMA

0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.