Penguatkuasa Jabatan Hidupan Liar Bertindak Liar

Wednesday, 2 April 2014

NABAWAN: Penduduk di daerah ini kesal dengan insiden yang berlaku di Tamu Pekan Nabawan pada Sabtu lepas akibat tindakan Penguatkuasa Jabatan Hidupan Liar yang menyerbu dan merampas daging binatang buruan yang dijual oleh beberapa penduduk.

Ketua Daerah Nabawan OKK Sayau Tangkap berkata, dalam insiden itu anggota Penguatkuasa jabatan itu dikatakan mengajukan senjata api apabila berlaku pertikaian antara mereka dan penjual daging di tamu itu.

Katanya, beliau menerima aduan penduduk, beberapa penjual daging berang dengan tindakan anggota penguatkuasa yang mengajukan senjata api dan merampas daging jualan mereka.

Sayau berkata, sepatutnya anggota penguatkuasa itu lebih professional dan jangan mengajukan senjata dengan sewenang-wenangnya di hadapan orang ramai.

Tegas Sayau, adalah tidak wajar bagi penguatkuasa jabatan itu membuat serbuan terhadap penjual daging dan merampas jualan mereka kerana hasil buruan yang mereka jual tidak diketahui di mana mereka perolehi sama ada di kawasan hutan larangan atau hutan yang berhampiran kampung mereka.

”Kita tidak menafikan tindakan penguatkuasa jabatan itu jika mereka menangkap dan menahan pemburu dan merampas hasil buruan mereka. Tetapi kalau sudah letakkan di tempat menjual janganlah bertindak sedemikian” katanya kepada media di sini kelmarin.

Dalam masa yang sama Ketua Daerah itu berkata, tindakan anggota penguatkuasa jabatan itu juga boleh membangkitkan semangat dan kemarahan kepada penduduk di daerah ini khususnya suku kaum Murut.

Katanya, insiden yang berlaku itu dikhuatiri akan menyebabkan pertumpahan darah jika pihak yang berkenaan tidak menanganinya dengan bijak.

Justeru itu katanya, pihak yang berkenaan terutama pihak-pihak penguatkuasa undang-undang mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menyelasaikan masalah itu.

”Jika tidak ada tindakan yang diambil terhadap anggota penguatkuasa jabatan itu, pengamal-pengamal adat di daerah ini akan mengambil tindakan mengikut adat-istiadat kerana tindakan itu telah mencabuli ada masyarakat di daerah ini” katanya.

Bagi penduduk yang terlibat katanya, pihaknya tidak tidak menyebalahi jika tindakan yang kenakan kepada mereka mengikut undang-undang sedia ada.

New Sabah Times 
 
Ulasan:
 
Tidak dapat tangkap pemburu haram, penjual daging pula jadi mangsa anggota Jabatan Hidupan Liar? Kalau pun tindakan itu atas dasar menjalankan tugas, tidak perlulah bertindak macam pengganas.. Mengaku sajalah diri tu malas buat rondaan di hutan.. Profesional la sikit.. siasat elok-elok jika benar penjual daging itu pemburu haram.. Kita ada undang-undang.. ada mahkamah.. Ikutlah saluran yang betul..

Saya cadangkan, selepas ini anggota Jabatan Hidupan Liar tidak perlulah masuk hutan.. Serbu saja semua pasar daging di seluruh Sabah.. di KK ni pun ada banyak pasar daging..

1 comments:

  1. Menjual haiwan atau hasil haiwan dilindungi tanpa permit merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 48 Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan jika sabit kesalahn boleh dikenakan denda RM30,000.00 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Memiliki haiwan atau hasil haiwan dilindungi tanpa permit juga merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 41 Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan jika sabit kesalahn boleh dikenakan denda RM30,000.00 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Penguatkuasaan telah dijalankan dengan mengikut undang-undang secara proffesional. Biarlah Mahkamah yang menentukannya kelak.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.